Ketika mana rasulullah saw berhijrah ke Madinah dan menubuhkan sebuah negara, sebuah perlembagaan telah dirangka bagi menyatu-padukan penduduk Madinah yang plural. Maka lahirlah Syahifatul Madinah - Perlembagaan negara pertama yang diiktiraf oleh dunia. Ia adalah manifestasi kebijaksanaan seorang rasul.
Negara Madinah didiami bukan sahaja orang Arab, tetapi juga golongan 'ajam. Ada Afrika (Habsyah), Iran (Farsi) dan Yahudi. Menurut sejarah, kala itu bangsa Yahudi sahaja terdiri daripada pelbagai puak. Ada Bani Quraizah, Bani Nadhir, Bani Khaibar, Bani Najjar, Bani Awf, Bani Qainuqa, Bani Hars, Bani Saidah dan sebagainya lagi.
Seluruh bangsa Arab daripada pelbagai puak dan kaum yahudi daripada pelbagai puak juga bangsa 'ajam menyetujui dan memeterai perjanjian untuk mentaati Piagam Madinah ini. Antara isi kandungannya:
Fasal 44:
Mereka (pendukung piagam) bahu membahu dalam menghadapi penyerang kota Yatsrib.
Namun begitu, pasca peperangan Uhud menyaksikan umat Islam goyah. Mitos kekebalan dan kehebatan tentera Islam pimpinan rasulullah saw lewat Badar Kubra sudah terlerai. Maka, beberapa konspirasi telah dijana bagi memudaratkan negara Madinah dan Islam. Komplot ini antara lain menggabungkan dua elemen musuh Islam - Yahudi dan Munafiqin! Bani Nadhir akhirnya dihalau oleh rasulullah atas komplot hina ini.
Dalam Peperangan Ahzab atau Khandaq pula, Bani Quraizah telah melanggar perjanjian dengan memberikan bantuan kepada musuh-musuh Islam. Akhirnya mereka dihukum dengan semua orang lelaki (dalam lingkungan 600 orang dan seorang wanita) dibunuh dan anak cucu mereka dijadikan tawanan manakala harta mereka dibahagi-bahagikan. Menurut sejarawan, hukuman ini sesuai dengan sifat 'duri dalam daging' kaum Yahudi. Pepatah Melayu mengibaratkan mereka seperti 'gunting dalam lipatan', 'api dalam sekam', 'pepat di luar rencong di dalam' dan 'talam dua muka' yang tidak boleh dipercayai.
Sebenarnya, Islam menunjukkan golongan Yahudi ini hanya boleh diangkat menjadi kawan apabila mereka berubah akidah mereka. Hal inilah yang terjadi kepada Abdullah bin Hussain atau lebih terkenal sebagai Abdullah bin Salam dan ramai lagi. Mereka menanggalkan kelongsong kesesatan dan menyarung jubah keimanan. Baharulah mereka mampu mendatangkan manfaat kepada umat Islam.
Menyinggung senario kekejaman Yahudi-Zionis di Palestin hari ini...adakah kita masih yakin dengan usaha perjanjian dan gencatan senjata? Sejarah sudah pun menyajikan jawapannya...
2 ulasan:
Salam..
sepanjang pembacaan saya mengenai bangsa Yahudi ini..mereka digambarkan bangsa yang bijaksana..
kebijaksanaan mereka yang paling dahsyat adalah dalam hal memutarbelitkan keadaan. Sejak zaman dahulu lagi.. mereka menafikan kebenaran. semoga terkenalah kepada mereka nanti hal di mana pertanyaan Allah di dalam surah ArRahman.. "maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?''
Salam alai_azie,
Mereka ni dahulu dikenali bangsa Israel (Bani Israel)...memang hebat sebab keturunan mulia daripada nabi-nabi. In fact, Nabi Yusuf a.s itu pun keturunan Bani Israel...tapi, depa ni memang jenis suka makan kawan...berapa ramai nabi yang mereka bunuhkan?
Itulah sebabnya, saya fikir mereka ini bangsa yang perlu ditundukkan seperti mana yang pernah nabi saw sendiri lakukan zaman dahulu...
Catat Ulasan