Rabu, Mei 30, 2007

ZINA: Masih keliru dengan hukumannya?


Baru-baru ini saya diajukan dengan persoalan, adakah ayat Al-Quran yang khusus membicarakan soal hukuman bagi kesalahan zina? Ini kerana, ada seorang penulis telah menyatakan, bahawa rejam diambil dari pendekatan Kristian menghukum pesalah di sisi agama mereka. Sukar juga untuk menyajikan jawapan secara spontan, lalu saya melakukan sedikit kajian. Hasilnya, inilah dia...


Firman Allah SWT yang mafhum-Nya: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benarlah kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman.”

(Surah an-Nur : 2)

Daripada Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid al-Juhani berkata:

Maksudnya: “Seorang lelaki desa datang menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seraya berkata: ” Wahai Rasulullah ! Atas nama Allah, saya minta kepada Tuan supaya Tuan menjatuhkan hukuman kepada saya sesuai dengan Kitabullah.” Kemudian berkata lelaki lawannya dan dia itu lebih pintar daripadanya: “Ya betul ! Putuskanlah perkara kami sesuai dengan Kitabullah dan izinkanlah saya lebih dahulu berbicara.” Bersabda Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam “Berbicaralah.” Katanya: “Anak lelaki saya bekerja menjadi pekerja orang ini, maka dia berzina dengan isteri orang ini dan sesungguhnya saya telah diberitahu bahawa anak saya itu harus dihukum rejam, maka saya tebus dia dengan seratus ekor kambing dan seorang sahaya perempuan. Kemudian saya bertanya kepada ahli ilmu, maka mereka mengatakan kepada saya bahawa anak saya itu dihukum sebat seratus kali dan dibuang negeri selama satu tahun, sedangkan isteri lelaki ini mendapat hukuman rejam (sampai mati). Maka bersabda Rasullullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam: “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya aku akan menjatuhkan hukuman di antara kedua belah pihak sesuai dengan Kitabullah. (Tebusan) Hamba sahaya dan kambing itu ditolak dan ke atas anakmu sebat seratus kali dan dibuang negeri satu tahun. Wahai Unai ! Besok pagi pergilah engkau kepada isteri orang ini ( dan periksa apakah dia memang berzina), jika dia mengaku, maka rejamlah dia !” Berkata Abu Hurairah : Besok pagi Unais pergi kepada perempuan itu, (ternyata) dia mengaku (berzina).” Rasulullah memerintahkan supaya dihukum rejam, maka direjamlah perempuan itu.”

(Hadits riwayat Muslim)

Manakala dari Abdullah bin Abbas berkata:

Maksudnya: “Telah berkata Umar bin Al-Khattab dan ketika itu dia duduk di mimbar Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mengutus Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan kebenaran dan menurunkan kepadaNya kitab (al-Qur’an). Di antara ayat-ayat yang diturunkan kepadanya yang kita semua telah membaca, mempelajari, dan memahamkannya ialah ayat al-Rajm (Ayat ini telah pun dimansukhkan bacaannya daripada al-Qur’an, tetapi hukumnya tiada mansukh. (Lihat at-Itqan fi ‘Ulum al-Quran 3/72). Rasulullah Sallalahu ‘Alaihi Wasallam telah melaksanakan hukuman rejam, (begitu pula) kami telah melaksanakan hukuman rejam selepas Baginda (wafat). Maka aku takut, jika semakin lama, (masa berlalu) ada orang yang berkata: “Tidak kami dapati hukuman rejam di dalam Kitabullah.” Maka mereka itu sesat kerana meninggalkan satu kefardhuan yang diturunkan oleh Allah Ta’ala. Sesungguhnya hukuman rejam yang terdapat dalam Kitab Allah ialah hak ke atas orang laki-laki dan perempuan muhshan yang berzina apabila ada saksi atau (ada bukti) seperti hamil atau pengakuan.”

(Hadis riwayat Muslim)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam jinayat ada Hudud, ada Qisas dan zina jatuh dalam Hudud. Itu tidak boleh kita tolak. Kerajaan yang ada sekarang sedang berusaha memasukkan hudud dalam kerangka sistem.

Tapi saya kira dengan memasukkan hudud tidak akan menyelesaikan kemelut yang melanda umat kita, malah kemelut akan tambah ruwet. Buat apa ada hudud tapi kita jadi tambah porak peranda?

At this point saya rasa kita dakwah dulu, bagi penerangan, tunjukkan alternatif. Bila remaja kita dah tau macam mana nak mengendalikan gejolak nafsu barulah introduce hudud.

Pendek kata REJAM dan SEBAT bukan jalan penyelesaiannya. Pengukuhan dan Pemerkasaan Institusi kekeluargaanlah yang patut diberikan FOKUS.

Tapi yang lebih utama ialah strictly follow AL Hujrat ayat 12 dulu. Selesaikan kemelut PAS & UMNO dulu, baru boleh cakap pasal HUDUD.

Strictly follow surah AN NUR ayat 30 dan 31 dulu barulah boleh nak cakap banyak.

Dan bagi kita yang dari Pattani ini jangan mimpi dapat sakti AL AHZAB ayat 33 jika garet gatal kurang ajar mau ambil yang bawah aje seperti yang dicanangkan oleh penulis 'angau kasmaran' Faisal Tehrani.

"BUNUH" pelacur-pelacur yang melaga-lagakan Ahlul bait dan Sahabat.

"BUNUH" penjilat-penjilat ahlul bait yang angau.

"BUNUH" peracun-peracun yang mengajak pada menyimpan kenangan pedih peristiwa KARBALA kerana jika ada dendam dan benci, makanya kitalah yang membunuh batang tubuh dan jiwa sendiri, kerana hirisan paling tajam datang dari dalam. Hasad itu umpama api yang memakan ranting kering.

Akhir sekali bulan tak akan berseri tanpa dipagari bintang-bintang. Sabda nabi "Aku adalah bulan dan sahabat-sahabatku adalah bintang"

Selawat dan salam atas junjungan besar kita Muhammad SAW

U-HAH berkata...

Mardhiah,

Maaf jika saya kurang arif menekuri maksud sebenar. Apa-apa pun saya pegang satu konsep mudah, Islam adalah sistem. Ia hanya cantik apabila dilakanakan dalam bentuk sistem yang lengkap. Ia jadi buruk apabila dilakasanakan separuh-separuh. Dalam konteks ini, adakah kita merasakan Islam sudah dilaksanakan secara pakej lengkap di negara tercinta ini?

U-HAH: Wallahua'lam?