Khamis, Februari 05, 2009

RAJA DAN DEMOKRASI


1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.
2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”
3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.
4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.
5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.
6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).
Wallahua’lam.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum tuan..

Saya sangat bersetuju dengan Tuan Guru Nik Aziz ni.. Sedih sekali, kadang-kadang raja kita ni tersalah langkah.. Sedih sekali sekiranya raja-raja melayu kita menerima nasib yang sama dengan raja-raja lain seperti yang disebutkan oleh tuan guru tu. Seperti tuan guru, saya juga sdayang dengan institusi raja sebab inilah satu-satunya yang sepatutnya menjadi lambang serta pelindung bagi rakyat. Saya sendiri dari keturunan Raja Bugis di Sulawesi yang dah lama pupus dan tinggal nama di sebabkan melarikan diri semasa pemerintahan Belanda di Indonesia. Kadang tu malu jugak mengaku tetapi itulah kenyataannya.

Apa sekalipun saya doakan semuga Raja kita akan tetap relevan dan dikurniakan dengan akal fikiran yang bijaksana.

--Mrbadukang-
(Rahman)
Sabah

U-HAH berkata...

Salam mrbadukang,

ala kullihal, terima kasih bah masuk ke blog saya...:)

Jika diikutkan, memang marah betul dengan sultan perak ni, sultan teman le...ngape le begitu naif baginda mencakna keputusan.

Le ni, kata orang di Perak, keadaan tidak lagi seaman dulu, kuale kangsar pun sudah dilanda demonstrasi...adakah ini yang didambakan oleh tunku sultan?

sila layari:

http://perakexpress.com/ untuk bacaan lanjut mengenai Perak...

Tanpa Nama berkata...

U-HAH ko ni sensetip sangatlah, sedarlah sikit ko tu duduk kat perak, yang ko marah tu tuan punya negeri, yang ko, mak bapok ko, tok nek ko duduk, kalo ko tak pueh hati keluarlah ko dari perak tu, duduklah dengan nik ajis yang dah sasau lagi nyanyuk tu, kueng-kueng-kueng