Khamis, Disember 18, 2008

Nasir P. Ramlee berpulang ke rahmatullah

Pagi ini dalam perjalanan ke pejabat, saya agak terkejut dengan berita kematian Nasir P. Ramlee. Terasa suatu kehilangan. Ya, satu-satunya anak allahyarham P. Ramlee yang menonjol dalam bidang seni, sudah pun pegi mengikut jejak bapanya.

Allahyarham Nasir P. Ramlee walaupun tidak sehebat ayahnya; namun cukup memberikan kepuasa menatap wajahnya. Ada iras P. Ramlee di situ. Ada ceria P. Ramlee tatkala dia gembira. Maka itulah, hilangnya Nasir P. Ramlee seakan-akan merengut sedikit kewujudan P. Ramlee sendiri di persada seni Malaysia.

Saya amat meminati P. Ramlee. Lagu-lagunya, lakonannya, filemnya, kata-katanya dan lawak-jenakanya amat rapat dengan kehidupan. Filem komedinya diminati oleh semua lapisan penonton – tanpa mengenal erti ras, keturunan dan usia. Pendekar Bujang Lapok misalnya, terus menggeletek biar pun berulang kali ditonton.

Namun, bagi filem melodramanya, saya amat terkesan dengan filem Ibu Mertuaku. Oh…its very touchy. Jujurnya, batin saya menangis tiap-tiap usai menonton filem berkenaan.

Lagu-lagu seperti Di Mana Kan Kucari Ganti, Jeritan Batinku khususnya tiupan seksofon Kassim Selamat amat memberikan kesan mendalam. Saya menghayati setiap bait lirik dan lagu yang dimelodikan. Ia semuanya berbaur menghasilkan suatu perasaan yang luruh…

Ya, kini sudah hilang sebutir mutiara seni warisan seniman agung negara. Sedih juga mengenangkan, semasa hayatnya beliau tidak mendapat apa-apa anugerah dan penghargaan…hatta bapanya juga mendapat gelaran setelah menjadi gemulah…gitulah nasib seniman negara kita.

Al-Fatihah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Innalillah...

Anyway bro.. nak tanya bro ni hometown Lenggong kat Kg Telok Batu ke? sbb mcm kenal je pic bendang kat header tu.

U-HAH berkata...

Banggol Belimbing with love...

- U-HAH

Tanpa Nama berkata...

owh..Selalu gak sy kesana time kecik2 dulu sbb ramai sedara mara area situ especially Kg Chain & Banggol Batu.Time tu gila mandi sungai.
Teringat lagi pegi ziarah jenazah Allahyarham cikgu sy kat Banggol Belimbing.

U-HAH berkata...

Rumah saya di batu puteri tu lah...sekolah di SK Banggol Belimbing...

Mandi sungai memang hobi...pas tu pegi lastik burung kat kebun getah, tak pun main senapang kayu...

hemmm...bestnye...