Ijok in election
Sabtu malam Ahad, Atih ngajak aku ke Ijok. Just nengok-nengok suasana pilihanraya kat sana. Teringin hati bersambut apabila atih benar-benar mahu ke sana dan kami bertolak dengan Iswara selepas maghrib. Perjalanan ke Ijok melalui Sg Buloh dari Kepong dan kami mulai memasuki sempadan Kuala Selangor sekitar jam 9.00 malam...disambut dengan turapan baru jalan raya dan poster di kiri-kanannya!
Ijok nampak sedikit sibuk. Banyak terpamer kain rentang cantik menandakan bilik gerakan kepunyaan BN, ia dinamakan Rumah Pahang, Rumah Pulau Pinang dan sebagainya. Di Kota Puteri terpampang besar banner Bilik Gerakan Pilihanraya Wanita Umno dengan gandingan dua gambar: Pak Lah Hadari dan Mek Pidah Aziz.
Dari aspek fizikal, tampak tidak begitu seimbang. Bilik gerakan KeAdilan agak-agak jarang ditempuhi. Namun, malam itu aku bernasib baik kerana dapat juga hinggap sekejap di satu ceramah...dah lama tak merasa suasana ceramah, best gak...
Tiada yang begitu mengujakan di Ijok melainkan rumours yang menggambarkan BN bisa tumbang jika silap percaturan di sini. Secara peribadi, aku sangsi keupayaan KeAdilan. Susah menundukkan BN di negara ini, kerana mereka memiliki segala-galanya. Diulangi, segala-galanya...
Marilah kita lihat kesudahan episod di Ijok...28 April 2007 ini tersaji jawapannya!
Isnin, April 23, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
It's not that BN has everything, is more on the opposition has nothing but negetive tale.
Dari sudut kejiwaan, benda-benda negetif walau benar akan payah diterima, melainkan pemikir itu pemikir negetif. Dan pemikir negetif memberi aura negetif yang tidak popular. Kalau dah tak popular macam mana nak menang?
Untuk Opposition popular mereka patut mengemukakan pelan-pelan tindakan bagi menjawab kemelut yang melanda umat masa kini, bukan naik syeikh membuka pekung orang sampai berjoget-joget.
Jika selama ini mereka popular dengan cerita-cerita skandal, mampukah PAS dan KEADILAN memikirkan idea-idea inovatif untuk memperkasakan belia dan beliawanis kita yang seimbang JERInya. Jangan cakap pasal HUDUD...ia bukan jalan penyelesaian.
Mardhiah,
dari satu sudut saya melihat demokrasi di M'sia adalah tempang. Ketempangan itulah yang melahirkan ketidak-seimbangan, baik dari pihak parti pemerintah mahu pun opposisi. Saya yakin, jika demokrasi yang lebih mesra diamalkan, misalnya tiada dominasi terhadap media dan tiada diskriminasi dalam memberikan ruang dan tempat, M'sia akan lebih meriah dengan kehadiran parti-parti yang pelbagai ini...
Catat Ulasan