Khamis, Julai 10, 2008

Politikkan masjid...versi saya


Zaman BN atau tepatnya Umno jadi kerajaan negeri dahulu, bukan kita tidak pernah dengar isu masjid dan surau didominasi sebelah pihak. Tepatnya dipolitikkan! Saya sendiri adalah AJK surau dan pernah terlibat dalam Mesyuarat Pemilihan J/K Masjid. Saya sendiri melihat senarai jawatankuasa masjid yang perlu ‘ditapis’ terlebih dahulu di pejabat agama sebelum ‘diluluskan’. Tapis punya tapis…itulah akhirnya berlaku, nazir masjid di Gombak tapi tinggal di Klang. Itu contoh betul…masjid mana tak payahlah saya nyatakan. Lagi pun, itu insiden kira-kira dua tiga tahun sudah.

Saya sebenarnya melihat, masjid adalah nadi umat Islam. Politik adalah sebahagian daripada denyutan nadi itu. Cuba beritahu saya, zaman bilakah politik dibuang oleh rasulullah? Bahkan, semasa nabi dalam proses pembentukan negara Madinah, berapa banyak perjanjian demi perjanjian yang dimeterai. Bermula dari Perjanjian Aqabah I & II dan diikuti Perjanjian Hudaibiyah. Begitu juga penggubalan undang-undang atau perlembagaan di Madinah yang dinamakan Shahifah Al-Madinah. Kemudian, nabi menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran. Menyelesaikan masalah umat dan tempat bermesyuarat. Bahkan nabi tidak segan-silu mengisytiharkan peperangan di masjid. Ini semua apa? Main pondok-pondokkah? Atau main bursa saham kah? Atau main masak-masak kah?

Apa yang dilarang di dalam masjid ialah perkara yang melalaikan atau ‘lagha’ sehingga menjurus kepada maksiat. Membuat maksiat dalam masjid pastilah ditegah. Main judi, berdisko, dangdut reggae, karaoke lagu Isabella, dating, berzina, bunuh orang, tengok video lucah dan sebagainya yang merupakan dosa dan kelalaian, pastilah haram dan berdosa pun. Berdosa kerana mencemarkan kesucian masjid dan melanggarkan hukum Allah.

Apakah menjelaskan arak itu haram sudah jadi isu politik? Menjelaskan aurat itu jika dibuka adalah haram dan berdosa isu politik? Menjelaskan cirri-ciri qazaf, hukum hudud, qisas, ta’zir dan bab-bab jinayah di dalam Islam itu politik? Hudud dan qisas ada dinyatakan di dalam Al-Quran, samalah seperti puasa, solat dan zakat. Adakah itu semua politik?

Atau apabila menegur manusia yang menyeleweng itu politik? Tahukah kita, zaman tabieen dahulu, ada sahabat nabi yang naik ke atas mimbar masjid demi menegur penyelewengan sosial di dalam masyarakat. Adakah itu politik?

Ya…tiada yang berdosa jika Islam tidak menggariskannya sedemikian. Masalah utama umat Islam hari ini ialah, enggan tunduk kepada hokum Tuhan. Al-Quran dan Al-Hadis dijadikan basahan mulut di dalam ceramah dan tilawah. Ia bukan lagi panduan dan perlembagaan. Hukum-hukumnya hanyalah untuk kajian bukan dilaksanakan. Maka itulah, umat Islam hari ini jadi berantakan!


Wallahu’alam

Rabu, Julai 09, 2008

Saya rasa... Anwar diambang kemenangan

Wah! Wah! Saya pasti dicop sebagai fanatik Anwar! Neo-Anwarisme! Ekstrimis Anwar! Atau apa-apa sahaja. Tapi, kenapa boleh saya terfikir sedemikian? Sekadar menyedapkan hati?

Jujurnya saya bukanlah pengikut Anwar yang taksub. Sepanjang musim reformasi era 1990-an di sekitar Jalan TAR dan Masjid Jame’ di KL, saya bukanlah manusia yang sanggup dikejar dan disembur air asid oleh FRU. Di Masjid Negara malah. Sebaliknya, saya adalah manusia yang memerhati dari jauh. Melihat jenuhnya manusia pelbagai unsur yang menyokong Anwar. Termasuklah mereka yang akhirnya 'terpeleot' buku lalinya dan kembali melutut ke telapak kaki Umno.

Namun, saya adalah pengagum Anwar. Saya akui akan kehebatan Anwar. Auranya terasa. Ucapannya bertenaga. Daya fikirnya menguja minda. Dia manusia yang progresif. Ada ciri-ciri pemimpin unggul. Maka lahirlah sosok yang penuh karisma. Zahirnya Anwar, menyatukan manusia pelbagai latar di Malaysia. Inilah persona Anwar.

Kenapa saya rasa Anwar di ambang kemenangan? Tiada justifikasi khusus. Cuma gerak hati. Pertama, saya melihat riak kemenangan di pihak Anwar. Beliau bahkan berani bersumpah dengan nama Allah, liwat bukan amalan beliau. Di samping itu, kecenderungan rakyat untuk mengiyakan tuduhan liwat nampak meleset. Bukan orang Melayu, bahkan orang Cina sendiri meragui tuduhan ini.

Selain itu, Umno bagi saya sudah terlalu reput. Pelbagai parasit duduk menumpang sehingga bahtera Umno makin goyah. Ramainya orang di dalam Umno hari ini kerana mahukan laba dunia semata. Masakan saya berbohong, kerana sudah nyata di pelupuk mata. Seorang wakil rakyat di kampung saya sendiri, asalnya hanyalah guru sekolah yang menaiki Toyota Van Liteace yang agak 'laieh' namun berubah sekelip mata setelah menyandang pangkat YB!

Saya tahu, jika saya mahukan laba dunia maka Umno lah lubuknya. Saya pernah terfikir, jika saya mahu kaya maka saya akan jadi aktivis Umno. Perdulikan dosa dan neraka. Politik wang jadi taruhan. Adu domba dan cah keting jadi mainan. Semua ini saya sudah masak, kerana saya hidup di sekeliling orang-orang Umno juga. Mereka bahkan senang-senang membuka mulut menceritakan aib parti sendiri. Bukan saya minta, mereka yang beri.

Anwar boleh jadi PM dan Pakatan Rakyat boleh menang. Ini ikut naluri sayalah. Cuma masanya sahaja belum pasti. Mungkin dekat mungkin jauh. Sementara itu, kita mesti mendekatkan diri dengan Allah. Mohon kejayaan. Mohon kemenangan. Mohon keselamatan. Mohon juga Umno dan ahli-ahli serta pemimpinnya boleh menerima perubahan. Mohon mereka jadi matang. Mohon mereka rela jadi pembangkang.

Ya! Sebagaimana matangnya Haji Hadi, matangnya Nik Aziz dan matangnya semua orang PAS, PKR dan DAP menerima diri sebagai pembangkang selama ini. Selama 50 tahun sebelum ini!

Seminar oleh PAKSI di Shah Alam



Penggiat seni dan sastera dialu-alukan untuk mengikuti seminar yang dianjurkan Badan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) pada 19 Julai ini, bertempat di Perpustakaan Negeri, Shah Alam, bermula 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Pendaftaran masuk adalah percuma. Tema seminar ialah, "Penulis: Mengepalai atau mengekori?" Menurut Pengerusi Jawatankuasa Seminar Paksi, Prof Dr Irwan Abu Bakar, pihaknya menjangkakan 300 peserta akan menyertai seminar tersebut.



Seminar tersebut terbahagi kepada dua slot iaitu pembentangan kertas kerja pada sebelah pagi dan forum pada sebelah petang. Antara pembentang kertas kerja ialah penulis Dato' Baha Zain,, Anual Bakri dan Hishamudin Rais. Manakala ahli panel forum ialah penulis Ainon Mohamad dan Amir Mohamad.

Selasa, Julai 08, 2008

Ziarah, ole-ole dan kisah tok di kampung

Abang ipar Sdr Jiwa Rasa dan biras, Kak Suri datang bertandang ke kediaman saya Ahad lepas. Berdua, Aisya Nur Arafat ditinggalkan. Mereka dalam rangka ke kenduri perkahwinan di PWTC, langsung berziarah buat seketika.

Lama juga tidak ketemu. Abang JR saya makin sibuk mutakhir ini. Halaman Blog beliau pun jarang bersentuh. Saya merungut-rungut juga dengan isteri, kenapa Abang JR lama tak up date blog. Dalam senggang waktu kami, biasanya blog Jiwa Rasa adalah antara blog yang awal dibuka. Saya sendiri suka membaca komen JR mengenai buku. Saya tahu Abang JR banyak membaca buku, sebulan kekadang dua tiga buah. Bukan seperti saya, sebuah pun susah bukan main untuk langsai.

Saya merungut juga fasal CD Dewanga Sakti yang saya order daripada Zul tapi masih belum diperolehi. Abang JR pula, memang sedari awal berniat untuk menghadiahkan saya sekeping CD itu. Dek kerana belum tahu kapan bila saya bakal menerima CD daripada Zul Dewangga Sakti, saya terima sahaja CD daripada Abang JR. Terima kasih. Saya terima dengan hati yang berbunga. Semalam saya sudah dengar CD itu. Nantilah, lepas ini saya akan tulis mengenainya.

Tidak lupa juga, emak mertua mengirimkan sekotak ole-ole dari kampung. Mak mertua saya memang begitu. Jarang menghampakan. Ada-ada sahaja barangan yang dititipkan. Daun pisang, pisang abu, ubi kayu, tempoyak, durian, pucuk ubi, bunga kantan dan apa-apa sahaja lagi. Termasuklah air selusuh yang istimewa untuk isteri saya. Anak kelima kami akan lahir bila-bila masa sahaja lagi.

Semalam juga emak saya menelefon dari Lenggong. Emak tanya, bila mahu pulang ke kampung. Rasanya selepas isteri bersalinlah. Juga emak memberitahu kondisi Tok Long yang kian uzur. Sudah enggan menjamah nasi. Air pun makin sedikit diminum. Mak bimbang akan kesihatan ibu mertuanya itu.

Jumaat, Julai 04, 2008

Bilo Oghang Nogori Sembilan Maghah Pado Pak Lah...


Kepado pak lah... PM paling sey sayang...I lap u

namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'???? menantu PAK LAH tu laaaaa....suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buek menantu lak...

sey nulih surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah sobab naik'an hargo minyak ari tu.. lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gaklaaaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAK LAH!!!!!!!

sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring yor...sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn..

anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh la jadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak la menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn

ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buek tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat...

rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan sey..bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado la untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 "ok la tuuuu"

sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual datsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit.....tokih2 pun ado la hasil'eh..

team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun naik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu...

walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona' eh terlobih cukup untuk keluargo sey...buek permulaan nk ngubah kehidupan sey.. sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untuk buek kodoksey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akan berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo)

sey akan buek minyak masak sendiri itu antaro caro sey ngubah caro hidup.. ade banyak laie caro semuo kerano UMNO dan bn...

dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado.. bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah rumah sey nih org pembangkang. ..dio slalu guno highway, biar padan muko dio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang. ..PAKATAN RAKYAT konon...palo hayah dio tu...

nanti pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat bilo dh nak dokek2 pilihanraya nanti... insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah... tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu....

jagan lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak.. jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak bini'eh nk mentodarah.. .. sey totap nyokong pak lah..

akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup bn..

sekian timo kasih..

ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo gak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...

pocah kaco, pocah golas,
sudah baco, harap baleh.

p/s: Ada kawan e-mail...saja jer kongsi kat sini... :)

Mimpi jadi PM dan mencari Umar Abdul Aziz


Semalam waktu santai-santai sambil nonton telenovela Soleha, isteri mengkhabarkan berita yang tak berapa best didengar.

“Abang..., Chandran dan Pakcik Farid driver budak sekolah tu minta kita naikkan tambang anak-anak kita tu...”

Saya melihat wajah isteri dengan pandangan kosong. Argh…dah agak dah!

“Chandran minta naikkan dari RM30 jadi RM50 seorang…Farid tu tak tahulah…mungkin naikkan dari RM40 jadi RM50!”

Saya mencongak ringkas. Kenaikan dari RM30 ke RM50, maknanya melebihi 50%! Ceh…nak kena ni…mana boleh tahan!

Hmm…senario di atas adalah senario biasa rasanya dewasa ini. Mak-mak dan ayah-ayah akan duduk sambil bincang-bincang. Tentang perbelanjaan rumah, wang persekolahan dan kos pengangkutan. Belum diambil kira kenaikan tariff elektrik baru-baru ini…yang saya rasa ramai rakyat tak perasan.

Saya kemudian memikirkan, ke mana arah tuju rakyat Malaysia? Kita butuhkan wang (pinjam istilah Indonesia). Tanpa wang, kita enggak mampu meneruskan kehidupan dengan sempurna. Tambahan bagi mereka yang diam di kota besar seperti KL, Shah Alam dan sebagainya, setiap pergerakan adalah duit.

Bagaimana kita mahu mengurus kewangan jika pendapatan adalah terbatas dan sama seperti dahulu, sedangkan kos barangan dan perkhidmatan meningkat berkali ganda. Sebab itu saya ketawa geli hati dengan beberapa cadangan pihak kerajaan, antaranya memberikan kelonggaran kakitangan awam membuat kerja sampingan, pemberian tunai RM600++ kepada pemilik kenderaan bawah 2000 cc, rebat cukai jalan, cadangan 2 x gaji sebulan dan diikuti oleh cadangan-cadangan bersifat ‘mengarut’ yang lain oleh beberapa pihak, seperti jangan suka membrek kenderaan di jalan raya, bawa pada halaju malar 80 km/j lebih jimat minyak, amalkan menanam sayur sendiri di rumah (eloklah tu…nanti di koridor flat dan kondo penuh pokok cabai dan terung), jual perabot dan pakaian lama dan bla…bla….bla…

Hai, come on lah! Be realistic sikit. Kita bukan main dangau atau pondok-pondok waktu kecil-kecil dahulu. Bahkan waktu kita berambat berlari main polis sentri pun kena ada strategi…inikan pula mengurus kewangan dan ekonomi, bukan ekonomi keluarga tuan…ekonomi negara!

Saya rasalah….jika saya yang berada di atas sana sebagai ‘PM’, saya yakin harga minyak petrol dan diesel tidak akan naik seteruk ini. Rakyat akan hidup harmoni. Saya akan pastikan gaji saya dan gaji para menteri kabinet saya tidak melebihi keperluan hidup. Saya memang mencari Al-Ghazali dan Al-Syafie…tapi saya tambah seorang lagi, saya cari Umar Abdul Aziz…kerana Umar adalah pemerintah (umara’) cum ulama' sedang Al-Ghazali dan Al-Syafie hanyalah ulama’.

Saya akan tiru cara Umar Abdul Aziz memerintah….nak tahu caranya, hmm…anda boleh tanya Encik Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Sedikit tak banyak caranya beliau sudah tunjukkan, misalnya tinggal di rumah sendiri yang tidak jauh berbeza dengan rakyat dan naik kapal terbang kelas ekonomi untuk berjimat. Boleh Najib, Pak Lah dan yang lain-lain menteri kabinet lakukan sedemikian…saya teringin nak lihat Nazri Aziz dan Azalina naik basikal ke parlimen, naik motor ke surau, nak bas ke chow kit dan makan mee mamak sambil hirup teh ais di medan selera kat benteng...!

Agh…U-HAH….hang ni mimpi apa!!!

Khamis, Julai 03, 2008

'Cetusan Rasa Saya'


Bodoh, bengap, kaldai!!! Arg, saya sendiri pelik. Kenapa akhir-akhir ini agak lancang mulut saya menghambur kalimah-kalimah seperti ini. Saya teringat, hati kecil saya merintih sedih apabila satu malam di surau, saya meluahkan emosi saya dengan menyatakan: “Pemimpin apa jika suruh rakyat jelata makan beras hancur 15%! Saya beli yang 5% hancur pun dah banyak yang hancur. Inikan 15%! Pemimpin lahanat macam ini!”

Saya tidak tahu orang lain. Tapi saya dapat mengagak, kesan kenaikan harga komoditi asas di negara ini memang mengundang musibah. Ia turut menaikkan gelegak emosi. Lebih dari 'Sorakan Emosi' Euro 2008!!! Saya tidak fikir Pak Lah sebegitu bodoh untuk membuat perkiraan asas. Biasalah, peningkatan harga minyak menjadi penyebab utama yang bla…bla…bla…

Tapi, saya memikirkan bagaimana kita rakyat jelata ini mampu menghadapi kenaikan kos sara hidup ini? Ya, kita yang berpendapatan sederhana ke bawah. Dalam lingkungan RM2 ribu ke RM5 atau RM6 ribu... Seorang kenalan saya mengomel, kini dia terpaksa mengeluarkan simpanan peribadinya untuk menampung kos sara hidup keluarga (sudah makan reserve lah ni). Begitu juga, sudah ada yang mengikat perut hanya makan nasi pada waktu siang sahaja. Maknanya, makan nasi sekali sehari. Pilihlah malam atau siang. Ada yang akan menunggu penuh sabar apabila ada mesyuarat jabatan berlangsung, kot-kot ada lebihan makanan untuk mengisi perut. Jika yang menggunakan kad kredit, sudah ada yang terlebih guna berbanding bulan-bulan biasa. Macam-macamlah…

Saya mengandaikan, kesan kenaikan akan lebih menjerihkan menjelang bulan Ramadan dan Syawal nanti. Tak lama dah, hanya dua bulan sahaja lagi. Biasalah, bulan puasa kos memang naik kerana itulah pun masanya kita mahu merasa makanan luar di bazaar Ramadan ataupun berbuka di luar dengan keluarga. Masuk Raya lagilah!

Tunggulah, tidak lama lagi. Anda sendiri akan mengalaminya. Kesan kenaikan ini yang diistilahkan Dr Zulkifli Ahmad (Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor) sebagai ‘stagflasi’, iaitu kesan lanjuta inflasi. Anda boleh baca di link berikut: (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15542&Itemid=1)

Jadi, apakah penyelesaiannya? Dahulu…saya berharap DSAI akan naik sebagai PM. Anwar berjanji berulang kali, antara misi pertamanya ialah menurunkan kembali harga minyak di negara kita. Tapi kini suasana sudah berubah. Anwar dihadapkan dengan tuduhan yang kembali mengganggu perjalanan politiknya. Jadi, masih adakah harapan buat kita…


Rabu, Julai 02, 2008

Argh!!! Ngerinya!


Pada mulanya, saya tidak begitu menghiraukan sangat apa isi kandungan Surat Akuan Berkanun Raja Petra itu. Iya, sudah lama isu ini berlegar-legar. Najib dituduh terlibat. Najib nafi. Tuduh lagi, nafi lagi. Pendeknya, tak kemanalah jawabnya. Polis dan Peguam Negara pun ‘tidur’ atau ‘kura-kura’…

Namun, apabila membaca antara isi surat Raja Petra ialah, beliau membuat akuan bahawa Rosmah isteri Najib sendiri berada di tempat pembunuhan Altantunya. Saya memetik apa yang dipaparkan di harakahdaily:



Dalam kejadian malam pembunuhan itu tiga orang telah disyaki berada ditempat kejadian iaitu Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri, Pemangku Kolonel Aziz Buyong (kini Leftenan Kolonel) seoarang pakar C4 dan isteri Aziz iaitu Norhayati yang merupakan ADC bagi Datin Rosmah, kata Raja Petra dalam surat akuannya itu. Lebih mengejutkan, Raja Pertra mendakwa menurut sumbernya bahawa Aziz telah menempatkan bahan letupan C4 itu di beberapa anggota badan Altantuya sambil disaksikan sendiri oleh Rosmah dan Norhayati.



Waduh…serius bangat pertuduhan ini. Takut saya dibuatnya….

Protes Sejuta Rakyat Dalam Kemelut Isu Liwat


Awal-awal lagi apabila PM menaikkan harga minyak petrol, saya sudah canang bahawa tindakan balas rakyat perlu disegerakan. Saya cadangkan kala itu, Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan MOGOK 1 HARI. PR perlu memobilisasikan rakyat. Saya kurang setuju cadangan demonstrasi. PR diambang pembentukan kerajaan. Oleh itu, PR perlu dilihat matang menangani cabaran. PM mesti ada muslihat yang sukar ditelah kendatipun sesetengah komplotnya bagaikan permainan budak-budak. Saya mengandaikan, mogok mampu melumpuhkan ekonomi secara fatal. Jangan main-main, inilah senjata ampuh bangsa maju di luar sana. Mereka menjadikan mogok senjata menekan ego sang penguasa, andai pintu diplomasi terkunci mati.

Saya gembira apabila idea saya seperti disambut oleh pimpinan PR. Harakah meletakkan tajuk MOGOK di muka depannya, Sdr Mahfuz yang memberikan pendapat. Saya mengharapkan, wajar ada suatu tindakan konstruktif yang ad-hoc sifatnya. Isu minyak masih menyirap darah di mana-mana. Kelewatan memanfaatkan masa akan merugikan semua.

Ah… saya bertepuk sebelah tangan rupanya. Cadangan mogok tinggal sepi. Yang diuar-uarkan ialah tarikh-tarikh mengadakan unjuk rasa. Ya, unjuk rasa alias demo, samalah itu. Ia berganjak dari tarikh asal 12 Julai kepada 5 dan akhirnya tersangkak pada angka 6 Julai. Namun kini, lokasinya berubah dari KLCC ke hadapan Amcorp Mall PJ. Berjayakah kelak…berbaloikah…

Saya melihat, isu liwat Sdr Anwar, isu akuan sumpah berkanun Raja Petra dan pelbagai isu lagi bagaikan arus deras yang makin menenggelamkan isu minyak ini. Saya cuba menyelongkar pemikiran beberapa rakan, mereka seiya dengan saya. Makanya, saya gusar akan misi himpunan protes 6 Julai ini. Saya bimbang, rakyat kian sejuk dengan isu kenaikan harga minyak sebaliknya tenggelam dalam aneka isu lain yang terus menerpa.

Akhirnya, minyak akan kekal pada harganya. Isu subsidi minyak akan reda. Isu harga ayam dan beras yang kekadang menggila juga akan reda. Rakyat akan lupa semua itu, kerana semuanya berfikir dan berusaha keras untuk menangani isu yang satu…ya, membersihkan nama Anwar daripada terus terpalit dengan najis baru ini!

Arghhh…berbaloikah?!!!

Selasa, Julai 01, 2008

Malunya bila anak bertanya…apa itu liwat!


“Keluarga pemuda yang mendakwa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya akan mengadakan satu sidang media selepas tengah hari ini. Keluarga Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa kesalahan itu dilakukan kali terakhir 26 Jun lalu, dijadual menjelaskan isu menggemparkan itu 2 petang ini di rumah mereka di Bandar Utama. Polis semalam menghabiskan masa selama lima jam, menjalankan siasatan di sebuah kondominium di Desa Damansara, tempat yang didakwa berlaku perbuatan tersebut.” – Malaysiakini.com

Apa? Liwat ke lewat? Istilah ini popular era Dr M masih menampuki kerusi PM. Ketika hujung 1990-an. Anak-anak kecil yang baru mengenal ikan bulu ayam, baru belajar kenal burung punai sendiri dan baru mumaiyiz turut dipaksa. Dipaksa mendengar kalimat…apa tadi…liwat itu!

Ceh! Hampir 10 tahun berlalu maka sekonyong-konyongnya kalimah ‘liwat’ kembali ke udara. Kali ini masih mengotori nama yang sama: Pak Syeikh Anwar! Jika dahulu yang mengaku diliwat orang lain, kini budak lelaki tak habis ngaji universiti pula mengaku. La…kenapa ada orang sangat gemar bermain dengan ‘liwat’ ini? Tak faham aku!

Saya rasa semua orang, tidak pernah membayangkan untuk menyebut kalimah berbunyi dan berkonotasi negatif seperti: celaka, haram jadah, anak haram, main belakang, mangkuk hayun dan termasuklah LIWAT ni! Apatah lagi mempromosikannya secara leluasa…di TV dan akhbar.

Cuba anda bayangkan, jika anak kita yang berusia empat, lima atau enam tahun sedang menonton berita TV dan mendengar: “Penasihat Parti Keadilan Rakyat bakal berhadapan dengan tuduhan liwat, setelah pembantu beliau mengaku diliwat di sebuah kondominium mewah di Damansara sekitar dua bulan lalu.”

Lalu anak kita Tanya: “Ayah, liwat tu apa?” Kita pun jawab: “Liwat tu adik, ala…main belakang orang.” Anak kita Tanya lagi: “Main kat belakang tu apa yah?” Jawab kita: “Ala…macam adik suka main belakang ayahlah…macam adik…er…pijak atau picit belakang ayah. ” Si ayah terpaksa memberikan jawapan yang sesuai dengan pemikiran anaknya…takkanlah si ayah akan menggambarkan maksud sebenar erti liwat!

Satu hari, si ayah sakit belakang dan meminta isterinya memicit belakang. Nampak kat anak, dia pun kata: “Ha…Ibu…ibu liwat ayah ya….” Apabila ada orang bertanya si anak, apa kegemaran ibu dan ayahnya pada waktu rehat di siang hari, si anak pun berkata: “Mak dan ayah aku suka main liwat-liwat.”

Ya! Itulah kesannya kepada anak-anak. Mungkin kita beranggapan ini benda kecil; tapi perkataan LIWAT ini akan kekal dalam kotak fikiran mereka hingga dewasa. Dan dalam proses menuju kedewasaan itu, mereka akan melalui tahap-tahap transisi seperti usia remaja. Anda pasti pernah mendengar, usia REMAJA adalah period paling kritikal bagi remaja. Kerana, pada usia remajalah anak-anak akan bersifat ingin mencuba. Saya takut mereka mencuba-cuba pula apa maksud liwat sebenarnya. Di Malaysia, kita pernah gempar murid sekolah usia lapan tahun sudah pandai melakukan oral sex...argh!!!

Ya, janganlah anda pelik jika satu masa nanti perbuatan liwat-meliwat sudah menjadi biasa di Malaysia. Kerana apa? Ya, keranan pemimpin Malaysia dan media massa sendiri suka mempromosikannya! Agak-agaknya, apalah yang kita akan jawab di hadapan Allah Rabbul Jalil nanti ya?


Isnin, Jun 30, 2008

Kenangan Sabtu & Ahad

Menjelang tengah malam Sabtu kelmarin, seorang kawan menghantar SMS: “Anwar mungkin ditahan lagi…kes liwat.” Ala…saya sudah mahu masuk tidur, ada pesanan pula. Tidak cukup dengan itu, kawan saya berjanji akan memberitahu apa perkembangan terkini. Beberapa kali talian saya terganggu. Mudah saya simpulkan lewat malam itu: “Apa lagi ni Pak Lah…”

Ah…saya malas mengulas isu ini. Bagi saya, jika benar ia konspirasi maka ia akan gagal. Seperti mana kata mursyid saya, TG Nik Aziz, bawakanlah saksi. Itu tatacara dalam Islam.

***

Hari Sabtu yang menarik juga saya lalui. Pagi, seputar jam 9.30 saya dan dua anak ke sekolah rendah, ada gotong royong. Sekolah anak saya di dalam kawasan rekreasi, iaitu FRIM. Lokasinya menarik. Dikelilingi alam yang hijau. Ada anak kali mengalir jernih di hadapannya. Cengkerik dan riang-riang suka bermain. Nak tahu, ketika kami giat membersihkan anak sungai itulah, rupa-rupanya masih banyak hidupan akuatik bermain di situ. Terkejut saya apabila anak-anak mengunjukkan platik yang berisi belut, ketam dan udang…

***

Malamnya, saya berjanji membawa keluarga makan di luar. Kami ke steak house di Kg Baru. Enak steaknya. Along yang akan menyambut hari jadinya pada 29 Jun, jadi saya wajar memberikan sesuatu. Ya, saya bawa makan diluar. Di samping makan-makan, dapat juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.

***

Pagi Ahad, anak kedua saya Ayang merengek…nakkan hadiah. Dia mengungkit-ungkit hadiah hotel yang kami tak jadi pergi walaupun dah dapat tiketnya pada tahun lalu. Letih saya….

***

Petang Ahad saya membunuh keboringan dengan mengajak famili keluar lagi. Wife yang sudah berisi dan sarat menanti hari, tidak berapa larat nak berjalan. Kami mencari diapers untuk baby juga baju-baju baru. Kami menjamu selera di Laksa Shack…wah!!! Laksanya boleh tahan lazat; tapi harganya menurunkan berahi!

***

Pagi Isnin…aduh…anak ketiga saya, Huda buat hal. Enggan bangun pagi, saya dukung ke bilik air. Enggan mandi saya siramkan dengan air panas. Akhirnya dia menangis enggan ke sekolah. Isteri menungkit kisah lama: “Dahulu masa Abang Yang, abi tarik aje ke bilik air. Tak nak mandi abi siram…basah habis semua baju tidur. Kena anak perempuan ni…lain pula jadinya.”

Em…tanpa sedar, saya bersikap lunak sebenarnya dengan anak perempuan saya!

Jumaat, Jun 27, 2008

Catatan Diari Bangla Pengisi Minyak

Intro: (ini hari banyak best woo, tadi ada satu awek cun punya, dia kasi saya gula-gula…saya tau dia pasti suka sama saya!)

Petang Rabu (aisyeh…tadi ada satu awek cun punya, dia kasi saya gula-gula…)
Masa: kira-kira jam anam petang waktu Malaysia
Lokasi: Jalan Pahang, KL

Tiba-tiba itu…tempat kirja aku jadi kicoh
Itu kareta punya…baaaanyak itu berpusu-pusu
Itu sumua mau kasi itu minyak isi punuh-punuh
Aku jadi hairan…baanyak hairan, lalu aku tanya sama itu bos
“Bos… apa pasai ini woorang banyak dating?”
Bos cakap kalu: Hai machhaa…u bikin kirja saja!
Aisyeh, manyak sombong ha u bos!
Aku sebenarnya bukan faham sangat apa bos cakap, sebab aku orang bangla
Mana ada faham bahasa…ngurat awek ada la…

Pon! Pon! Pon! Woi…mat bangla ni, mengelamun ka?!
Aiyoh! Kereta sudah panjang la, tepi jalan sudah punuh…
Eh…eh, ada yang mahu cilok potong turn woorang lain, satu kali sudah kena hon…
Aku lagi tambah hairan
Apa pasai ini worang semua sudah jadi baran

Tiba-tiba ada satu budak manyak muda
Dia bawak motor kapcai sahaja
“Bang, u kasi punuh punya!”
Aiyo…ini motor pun mau kasi punuh-punuh ka
Sambil marah-marah itu budak muda kata sama saya
“Itu PM banyak baik, dia kasi harga minyak naik…Chiiiit!!!”

- Catatan dalam perjalan Shah Alam – KL
- 26 Jun 2008

Khamis, Jun 26, 2008

Rangkuman berita terkini...

Kerajaan cadang nak beri insentif RM1 juta kepada mana-mana atlet negara yang berjaya merangkul emas di sukan Olimpik Beijing 08. Ha…eloklah tu, bagilah banyak lagi pun tak apa. Setakat RM 1 juta mana cukup, up lagi…jadi RM10 juta!

Pada masa yang sama, kerajaan bertegas akan mengenakan tindakan sehingga sanggup meng’ISA’kan mana-mana individu yang menyebarkan SMS palsu ‘Petrol Pum Mogok’. Ha, elok juga tu…elok sangat. Yang perasuah jelas-jelas belasah duit rakyat tak payah tangkap…rakyat marhaen juga jadi mangsa.

Semalam berita TV tunjuk satu usaha terancang curi wang dari ATM mesin. Semua kamera CCTV kena sembur cat hitam dan kira-kira RM600 ribu lesap. Dah habaq dah…jenayah akan meningkat seiring dengan kenaikan harga barang…apa nak hairan kan! Mana pergi janji manifesto Pak Lah: Selamat, Aman dan Makmur?!

Pendatang haram di Sabah pula akan dikejar habis-habisan! Ini kata Najib, boleh percaya ke? Bukan setakat PATI di Sabah, di Semenanjung pun berlambak. Apa dia buat?

Rosmah isteri Najib disiasat polis ekoran akuan bersumpah blogger Raja Petra. Najib declare dia tak kenal siapa itu Altantunya. Dia juga kata, Raja Petra berbohong! Tapi, sebelum PRU 12 Najib berjanji minyak petrol tak naik harga dan sekarang dah naik…so, who is liar?! Siapa bohong ni?

Hai u-hah! Awat hang lately ni asyik belasah semacam je….

Ala…aku dah tak tahan, sejak minyak naik hargalah aku jadi bengang cam ni…






Rabu, Jun 25, 2008

BENGANG!!!

Saya marah. Habis kawan-kawan kena belasah. Manalah saya tak angin, jika semuanya sudah makin menekan. Bayangkan, untuk kos pengangkutan sebulan sahaja pun sudah melebihi RM500! Apa ingat saya makan gaji hanya untuk bayor minyak dan tol sahaja ke?

Tapi, tidak ada yang lebih mendingin dan menganginkan saya, melainkan kebebalan segelintir manusia. Menerima sahaja keputusan pihak yang di atas. Kita ni orang bawah, apa boleh buat? Gitulah kata-katanya… Apabila saya menekan suara, katanya lagi, kita ni bukan orang politik yang boleh mengubah keadaan.

Saya bengang betul. Boleh tak kita buka minda kita. Cuba tanya pada diri kita, adakah pemimpin negara hari ini sedar atau tidak atas perbuatan mereka? Misalnya Ahli-ahli Parlimen BN yang menyokong usul kenaikan harga minyak di parlimen, bukankah itu satu perbuatan yang bodoh dan sombong. Mereka tidak menggunakan pertimbangan selain emosi. Oleh kerana usul itu daripada parti sendiri, maka sokonglah!

Hari ini, majoriti rakyat menderita. Sudahlah kenaikan minyak menjadi aruhan kepada kenaikan kos lain, beras yang bermasalah terus bermasalah. Beras hancur 15% pun tiada di pasaran! Saya meruwap betul… apa pemerintah ingat kita rakyat ni ayam atau haiwan ternakan ke? Beras hancur 15% itu bagi saya sudah tahap menghina. Ia bukan beras yang elok dan berbau kusam. Bayangkan, beras hancur 5% pun sudah banyak hancurnya, sudah kurang sedap…inikan pula 15%! Bagi saya, pemimpin Malaysia memang biadap dengan rakyat.

Begitu juga, apabila empat orang pemimpin Pakatan Rakyat berbasikal, hai…diperli dikutuknya pula. Kononnya, jika nak menunjuk sangat, jangan setakat berkayuh dua KM dari Bank Negara. Kayuhlah jauh-jauh lagi. Kayuhlah sampai minyak turun harga!

Cis!!! Saya tidak begitu marah jika dia mengatakan, sepatutnya semua AP Pakatan Rakyat kena naik basikal, tanda solidariti, bukan setakat empat orang. Tapi, hati saya bengkak bila Nazri Aziz tukang berkokok yang bodoh sombong itu mempertikaikan suatu inisiatif mulia para wakil rakyat. Inilah jenis pemimpin yang apabila saya jumpa dia jatuh di tepi jalan, jangan harap saya nak tolong. Jenis manusia hampeh. Pemimpin seperti ini buta mata hati, tidak nampak kebaikan langsung pada pihak lain.

Saya betul-betul angin dan marah ni. Saya juga marah kerana kad kredit sudah tidak diterima di stesen-stesen minyak. Alasannya, tokey pam nak minta kamsin lebeeh! Saya tak marah tokey pam, tapi saya tahu ini kesan kenaikan harga minyak la ni! Woii pak-pak menteri, gaji aku selalu cupoi menjelang hujung bulan…kad kredit tulah yang aku guna untuk isi minyak. Apa hampa nak aku naik basikal atau jalan kaki ke pergi kerja? Sudahlah pengangkutan awam di negara ini hampeh, komuter macam sardin bas pula selalu kantoi. Drebar pun kekadang layan penumpang nak tak nak…

Aku bengang…memang bengang! Aku tak tau dah nak buat macam mana nak salurkan rasa bengang ni. Hampa ada cara?!!!

Selasa, Jun 24, 2008

Teringin nonton lagi


Ya, alhamdulillah, ia kini sudah ada di Malaysia. Filem fenomena Ayat-ayat Cinta, adaptasi daripada novel karya Habiburrahman El-Shirazy. Karya indah novelis muda Indonesia ini sudah masuk ke pawagam di Malaysia. Teruja hati mahu menonton. Saya pasti, filem ini pasti mengugah emosi. Ya, pembikin filem Indonesia bagi saya, realiti dan relatifnya jauh terkehadapan berbanding pembikin filem Malaysia.

Terus-terang, saya cukup meluat dengan beberapa buah filem buah tangan seorang dua sutradara muda kita. Amat memualkan. Hamis, hancing dan hanyir baunya. Terasa jauh terpesong daripada landasan iman dan takwa. Hanya cebis-cebis kisah lorong gelap dan pengap yang dicantum lalu jadilah filem. Argh….terlalu mudah kerja itu. Maka jadilah ia terlalu memualkan…terlalu!!!

Adakah anda rasa Anak Halal, Haru-Biru, KL Drift, Remp-It dan seumpamanya termasuklah yang bakal menyusul Bohsia mampu membangunkan jiwa anak muda? Jawab dengan hati yang disuluh hidayah…mampukah?

Saya menantikan bilakah akan muncul pengarah muda di negara ini yang punya visi dan misi menobatkan agama, melalui kerja-kerja seninya.

Isnin, Jun 23, 2008

Adik sudah main cinta

Adik saya sudah besar. Tiga daripadanya sudah tamat study, seorang di UIA dan dua di UiTM. Masing-masing sudah punya buah hati. Yang kedua sudah pun bertunang. Dua masih dalam perancangan.

Sesungguhnya, soal cinta adalah enak. Ia penuh tenaga membakar diri. Malam terasa pijar dan siang terasa beku, hanya dengan cinta. Tak usahlah kita ungkap bahasa lama, mandi tak basah dan makan tak kenyang-kenyang. Muda-mudi kini tak reti semua itu. Mereka sebaliknya kenal apa itu KFC yang sedap hingga menjilat jari atau Burger Prosperity di drive through McD! Iyah...Masa bercintalah makan lebih kenyang, kerana dapat makan dengan orang tersayang…eiii...geli rasanya!

Jujurnya, saya hanya mengharapkan pilihan adik-adik saya biarlah yang terbaik. Semasa menitipkan mereka ke IPT dahulu, antara pesan saya ialah, cari kawan yang meletakkan agama di tempat pertama. Saya harap…mereka tidak lupa pesanan itu. Amin…

Otai Umno yang pening


Saya suka mendengar pandangan golongan veteran atau otai Umno. Mereka ini kadang-kadang memanglah fanatik Umno. Tapi kadang-kadang mereka juga marahkan Umno. Saya pun tak tahu pendirian mereka yang sebenar. Bila Umno dilanda kemelut, mereka simpati pada Umno. Tapi bila dengar segala kebejatan pemimpin Umno, misalnya merosakkan bahasa Melayu, maka mereka marah pula.

Nak tahu, dalam banyak-banyak isu politik mereka sebenarnya tertarik dengan penampilan berbeza Kerajaan Pakatan Rakyat. Misalnya, mereka rasa kagum dengan sikap sederhana Ketua Menteri Pulau Pinang, ketelusan para MBnya, usaha kerajaan Selangor misalnya meringankan beban biaya hidup rakyat dengan air free dan banyak lagi.

Hmm...Malam ini saya ada satu lagi modal…iaitu, empat orang Ahli Parlimen PR hanya berbasikal ke parlimen…iaitu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, N Gobalakrisnan ( Padang Serai ), Zulkifli Nordin (Kulim) dan Hee Loy Sian (PJ Selatan). Saya yakin, otai Umno itu akan lebih nampak sebenarnya, siapa yang patut dia sokong selepas ini.

Di samping itu, nampaknya makin peninglah BN berhadapan dengan kesederhanaan para pemimpin PR. Saya mahu, biarlah kesederhanaan ini menjadi trade mark PR. Sebabnya saya pun meluat juga melihat pemimpin asyik berkereta besar, sedangkan kita rakyat bawahan ini, nak beli kereta Myvi sebiji pun bagaikan meneran berak yang keras..!

Kenangan nonton wayang


Sabtu yang bersejarah! Saya nonton wayang bersama famili. Cerita Kung Fu Panda. Isteri saya bising-bising…"Hai anak-anak umi, bertuah betul dapat tengok wayang kecil-kecil.” Memang, saya dan isteri inilah pun first time nonton di panggung. Sebelum ni ada cuba tapi tak berhasil.

Teringat masa kecil dahulu, di kampung...saya dan kawan-kawan suka nonton wayang. Masa itu wayangnya hitam putih lah. Orang dari Jabatan Penerangan yang guna van Wolkswagen siap dengan corong pembesar suara yang tayang. Mereka akan uar-uarkan dahulu melalui van itu di jalan raya (kami panggil jalan raya itu tembak), sekian tarikh, sekian malam akan dibuat tayangan. Tiba hari yang dijanjikan, maka kami budak-budak pun tak sabar-sabarlah lagi menantikannya.

Saya ingat lagi, satu petang itu kami budak-budak kecil sudah berkerumun dekat rumah Tok Che Makrit. Ada tayangan gambarlah. Ceritanya saya dah tak ingat. Orang-orang Jabatan Penerangan sudah sampai. Mereka naikkan layar berwarna putih. Van yang mempunyai mesin jenerator pun sudah sedia. Hari menjelang magrib dan kami tak sabar-sabar menanti malam.

Masa itulah, saya sudah lupa siapa, tapi ada seseorang dewasa yang menyuruh kami balik. “Pergi balik dulu, mandi! Lepas tu mari la balik tengok wayang!” Kami pun baliklah. Nak tahu malam itu apa jadi…saya tertidur selepas maghrib! Hancuss…melepaslah wayang saya.

Satu petang lain pula, saya bermain bersama-sama kawan. Ralit bermain hingga dekat maghrib. Balik ke rumah, ada orang bertanya (ah…dah lupa, siapa ye…): “Ju, hang pegi mana?” “Wakpa (kenapa)?” Tanya saya balik.

“Tadi pak lang hang cari. Dia nak ajak hang tengok wayang di (pekan) Lenggong.” Wah…alangkah kesalnya saya. Kerana ralit bermain, saya terlepas peluang tengok wayang. Panggung wayang di pekan itu memang selalu saya lihat. Ia berdiri megah di belakang pekan Lenggong, dekat dengan kedai gunting rambut. Setiap bulan semasa bergunting, saya tengok bangunan itu. Seingat saya ada tulisan ‘Capitol’ pada pintu gerbang yang membentuk dinding hadapannya.

Kini, panggung wayang itu pun sudah runtuh. Diruntuhkan orang demi pembangunan pekan Lenggong. Sampai sudah saya tak merasa jejak panggung itu!

Moral: Saya rasa tak salah tengok wayang; tapi kena pilih ceritanya. Saya rasa Kung Fu Panda okay, sesuai untuk tontonan sekeluarga. Ia ada beberapa pengajaran, misalnya: Melentur manusia ikutlah kelebihannya (tak boleh samakan setiap orang cara mendidiknya); kita yang membuatkan diri kita istimewa bukannya orang lain dan sikap merendah diri memang sampai bila-bila disukai semua manusia!


Jumaat, Jun 20, 2008

Abang Yang jadi 'penyambut tetamu'


Semalam isteri saya bertanya, kalau-kalau saya dapat hadir ke sekolah agama anak kami hari ini. Ada sesi berjumpa guru kelas dan menandatangani buku laporan. Saya merungut-rungut juga, kenapalah pihak sekolah tidak menyekalikan harinya dengan sesi di sekolah kebangsaan kelmarin. Hari itu, isteri saya sampai ambil cuti. Ini tidak...short notice pula tu.

Pagi tadi wife menyatakan, anak kedua kami, Abang Yang diminta ustazahnya menjadi penyambut tetamu. Kata isteri saya, anak saya bangga menyatakan yang ustazah telah memberikannya 'kerja'. Kerjanya tunggu ibu bapa datang dan pelawa duduk di tempat yang disediakan. Maknanya penyambut tetamulah.

Saya tersenyum dan bangga juga. Anak kedua saya itu memang keletah dan banyak sikit mulutnya. Semasa mula-mula mendaftar di sekolah, saya dan isteri menunggu di luar kelas. Tunggu pun di tempat yang dia boleh nampak. Apabila saya dan isteri sengaja melarikan diri ke kawasan lain, tiba-tiba sahaja wajahnya terjengul di muka pintu kelas. Menceghoye sahaja…bila kami pulang, dia berkejaran di belakang. Jenuh pula guru sekolah mengejarnya. Itu sesi pagi, di sekolah kebangsaan, sesi petang pun ada cerita juga.

Waktu petangnya di sekolah agama, sekali lagi kami terpaksa menunggu Abang Yang. Di dalam kelas kami dudukkan dia di barisan hadapan. Sudah jenuh menunggu, kami pun mahu pulang. Apa lagi, melalaklah dia…jenuh juga ustazahnya mendamaikan hatinya yang lara…

Tapi itu hanyalah sementara. Selepas dari itu, anak kedua kami sudah jadi pelajar popular pula. Mulutnya ramah menyapa, dari tukang kebun hingga ke guru-guru. Boleh dikatakan, ramai guru mengenali dan menyenangi anak kami itu. Mujur juga, otaknya pun bergeliga. Jadi, tidak hairanlah dia mudah disenangi dan disayangi.

Hari ini, saya tak tahu bagaimana anak saya menjalankan tugasnya sebagai 'penyambut tetamu'. Teringin juga saya melihatnya, senyum yang berulas terukir di bibir, ramah-tamah sapa menyambut tetamu dan kedek-kedek kakinya mengiringi ke tempat duduk. Pasti dia sibuk agaknya.

Khamis, Jun 19, 2008

Ella bertudung dan Mas Idayu berjubah labuh


Sedari awal isu artis di konsert 100 hari PR mentadbir Selangor, saya berharap pihak-pihak yang terlibat dapat menyelesaikannya secara paling hikmah. PAS nampak agak mendesak apabila Pemuda dan ketuanya menghantar memorandum bantahan. Iya…kekadang dalam keterujaan kita terbuat silap. Mujur, Tan Sri Khalid nampak matang mendepani isu ini. Beliau tidak melatah dan kepijaran dapat diturunkan.

Saya hanya berharap, pemuda PAS bijak dengan penuh hemah menangani isu ini. Jangan sehingga ditempelak jumud dan tidak matang. Isu hiburan dan artis adalah dominan kini. Mana ada orang yang tidak berhibur, termasuklah orang-orang PAS sendiri. Cuma…caranya bagaimana?

Itulah…semalam saya ada membuka kitab Yusuf Al-Qaradawi, saya buka Bab Aurat Wanita dan Bab Hiburan. Saya sudah tandakan muka suratnya. Saya mahu bawa ke pejabat…nanti saya tuliskan dalam halaman ini. Tapi…largh…terlupa.

Mungkin panduan di dalam kitab yang bertajuk ‘Halal dan Haram Dalam Islam’ itu dapat dijadikan panduan. Sebenarnya, banyak benda yang boleh termasuklah hiburan. Dan saya ulangi sekali lagi pandangan saya…izinkanlah Ella dan Mas Idayu berkonsert, tapi kenakan SYARAT kepada mereka. Ya, sesekali teringin juga melihat Ella yang mengurai rambutnya itu bertudung litup dan Mas Idayu yang berkebaya ketat itu berjubah ala Waheeda…okay tak? Lain-lain syarat…fikirlah sendiri. Hmm...Yusuf Islam sendiri pun memetik gitar bila menyanyi...saya suka bunyi gitar, macam lagu-lagu dakwah Ramly Sarip dan Opick, melodinya menjentik emosi, menusuk sekali!

Banyak betul isu dalam negara sekecil Malaysia

Saya ni sejak kecil sampai ke besar, dilahir dan dibesarkan di Malaysia. Saya tak banyak duit untuk melancong apa lagi ‘melencong.’ Saya seperti anak-anak kampung lain, berjalan kaki ke sekolah, berbasikal ke sekolah menengah, berhimpit-himpit di dalam bas, membanting kederat membantu orang tua berkerja kampung demi rezeki halal lagi berkat yang tidak sebanyak mana pun. Itulah, mana ada saya nampak negara luar. Jangan kata jauh, Singapura pun saya tak pernah jejak. Ada tak ada pun, Thailand-lah negara luar pertama yang saya merasa jejak…

Saya dapati, Malaysia walaupun cinoni tapi banyak isu. Kekadang terfikir saya, isu ini bagus atau tidak. Tiada isu itu mungkin bagus mungkin tidak. Mungkin kerajaan yang memerintah terlalu baik atau mungkin terlalu kejam. Iya, seperti junta-junta di sesetengah negara yang khabarnya mengekang kebebasan bersuara. Seperti Arwah Saddam Hussein pernah implement pada rakyatnya, semua tunduk. Isu kuranglah. Kini, selepas Saddam sudah gemulah…Iraq tidak sunyi dengan isu dan negaranya hancur jadi debu!

Di Malaysia, saya dapati isu berbangkit dan terus berbangkit seputar perkara yang sama – kepimpinan, keadilan, korupsi, ketelusan dan amanah. Semalam, Yong Teck Lee Presiden SAPP sudah buat pengumuman. Isulah itu. Isu kepimpinan. Di Perlis kes Sanglang…itu ketelusan. TNB pula ‘gagah’ sangat nak naikkan gaji, isu juga…keadilan.

Saya tidak fikir kita semua begitu naïf untuk diperbodohkan. Semua isu ini tidak wajar berbangkit jika kepimpinan bijak, hemah dan bertaqwa orangnya.

Sahabat saya yang rajin ke luar negara, pernah berbual dengan orang Singapura. Kata orang negara Singa itu, Malaysia sebenarnya akan jadi jauh lebih bagus dari Singapura, dengan syarat tiada korupsi. Tiada rasuah! Tapi sayang, Malaysia memang menjadi sarang orang yang korup. Rasuah sudah lumrah. Ketirisan merata-rata. Kronisme berleluasa.

Ah…Tidak perlu kita ulas, semuanya di depan mata. Cuma yang peliknya, masih ramai juga yang reda ditipu…hidup-hidup mereka ditipu. Agaknya, bila Izrail sudah mengetuk pintukah, baru mereka mahu tersedar?

Rabu, Jun 18, 2008

Mengenali Dr Lo' Lo'

Saya taklah rapat dengan beliau. Cuma, saya kenal beliau dan suaminya sekali. Suami beliau adalah seorang profesor madya di fakulti perubatan. Saya pernah menjadi pembantu penyelidik di fakulti berkenaan. Semasa itu, saya dan isteri sama-sama berada di satu jabatan. Kami kerap bersama. Ke café, ke ceramah agama di dewan kuliah dan shoping di waktu tengah hari. Bahkan kami mengenakan baju yang sama warna setiap hari. Sedondonlah. Saya ingat lagi, suami Dr Lo’lo pernah menegur…sweet couple, katanya.

Dr Lo’lo memang sedikit tegas tetapi mesra. Semasa beliau bertugas di Pusat Perubatan Ko-hilal, saya dan isteri suka jika beliau yang bertugas. Kadang-kadang kami telefon dahulu memastikan yang bertugas itu beliau. Anak saya yang keempat disambut Dr Lo’lo’. Kata beliau, tarikh lahir anak saya sama dengan tarikh lahir beliau. Ucapan bersemangat Dr Lo’lo’ di labour room membangkitkan semangat saya dan isteri. Kekuatan semangat dan aura yang ada pada beliau menyerap kepada kami. Ya…saya yakin beliau bukan doktor biasa. Bahkan beliau ialah doktor yang berjuang, berjuang demi Islam.

Kemenangan Dr Lo’lo’ mengembirakan saya dan isteri, walaupun kami tahu selepas ini pasti sukar bertemunya lagi di PPKo-hilal. Saya hantar ucapan tahniah, tanpa balasan…tapi saya tahu beliau sibuk. Saya hantar SMS tentang keunikan KM Pulau Pinang, beliau balas dengan menegur saya: “Kenapa hantar kepada saya, hantarlah kepada kawan-kawan yang masih belum nampak kebaikan BA.” Baru-baru ini, beliau ada menghantar SMS menyeru agar membantu rakyat Malaysia yang dihimpit kenaikan ‘mengarut’ harga minyak. Dan saya tahulah, Dr Lo’lo’ sebenarnya masih menyimpan nombor hand phone saya. Ya...Saya kagum dengan beliau. Kegigihan dalam perjuangan sehinggalah kini bergelar YB, masih tiada riak surut semangatnya. Saya doakan Dr Lo’lo’ istiqamah, demi Islam tercinta. Amin!

Bila Roslan Aziz marah-marah


“Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.

Saya sudah menyebut dalam posting semalam. Namun membaca komen Roslan Aziz sedikit menggaru akal pemikiran saya. Ada juga benarnya. Memang kekadang golongan seniman dan artis kian menjauh lantaran sikap agamawan yang sombong… Tapi tak semuakan En Roslan, segelintirnya sahajalah kan...! Jika tidak, masakan Tuan Guru Nik Aziz sanggup menziarahi Amy Search dan makan di restoran Cheng Ho nya!

Saya tak nak mengata lebih. Tapi, artis pun memang kena bedah otak sendiri. Jangan rasa diri dah salah tu tak akan disoal oleh Allah. Hampa semua mukallaf apa. Hampa bukan insane…dah baligh lama dah.

Buat golongan agama, khususnya PAS…mungkin ini masanya hampa perlu berbuat sesuatu. Artis ini perlu didekati serapat-rapatnya. Tengok seperti Kak Ogy, kini nampaknya kian jauh…padahal dulu masa baru-baru berhijrah, siap jadi cover majalah Muslimah terbitan orang-orang PAS. Kenapa cam gitu…kenapa?

Saya pun suka tengok konsert apa. Saya pun suka lagu apa, lagu Scorpion…Wind Of Change pun saya suka. Sebenarnya, dalam melakukan tindakan memang kena hati-hati. Alah…bagi je Mas Idayu dan Ella buat konsert, tapi SYARATKAN mereka menutup aurat dengan baik..boleh…?

PAS bertemu Umno


“Ikhlas ni hanya ada pada PAS yang mengikut kehendak Islam sebenar dan ia tiada pada Umno. Umno tidak akan ikhlas dalam perjuangannya selagi berpegang pada ajaran nasionalis. Kecuali parti itu kembali semula pada ajaran Islam, baru mereka faham pengertian ikhlas dari sudut Islam," kata Dato’ Nik Abdul Aziz dalam Harakahdaily.net.


Isu pertemuan PAS-Umno (tambah PKR) kembali muncul apabila SS Dr MAZA mufti Perlis beri ide. Bagi saya, ini ide lama. Dah lamaaa dah… Nik Aziz sendiri jelaskan, dari dulu PAS ajak bincang; tapi tak ada sambutan.


Seperkara menarik hati saya, Nik Aziz konsisten mengatakan Umno berada di landasan yang salah. Katanya, salah Umno kerana berjuang untuk kebangsaan, berjuang untuk Melayu semata dan menjadi parti yang memisahkan agama dari urusan dunia. Umno mewarisi apa yang penjajah kafir tinggalkan. Umno tak ada usaha nak memartabatkan Islam sebagai dustur pemerintahan. Sebab itu, saya dapati Nik Aziz tidak pernah undur walau selangkah dalam menyatakan kesalahan Umno.


Saya lihat, pertemuan ini jika terjadi (harapnya…) adalah medan dakwah kepada Tuan Guru. Saya mahu perbincangan dijuruskan kepada menyelamatkan umat Islam di negara ini. Juga bagaimana menyatukan manusia Islam yang pelbagai aliran. Saya tak berminat jika mereka bicara isu Melayu. Itu isu lama, itulah pun satu juzuk punca kelemahan Islam di Malaysia, apabila agama diletakkan di bawah lembayung bangsa!


Selasa, Jun 17, 2008

Kisah makan tengah hari


Anda makan tengah hari tadi? Di mana? Kedai mamak…ops…gerai Mak Limah bawah pokok tepi longkang jerrr…oh tidak…kat warung haram Pak Ali, tepi bangunan putih tu…

Okaylah, saya tidak kisah di mana pun anda makan. Berapa harganya? Murah, mahal atau boleh tahan?

Tadi saya makan di satu gerai, dekat masjid. Saya hanya meletakkan ikan masin goreng seekor, sayur dua jenis (sikit je...) dan ambil air kosong untuk minuman…anda tahu berapa ongkosnya? RM3.70! Apabila saya minta budak gerai itu detailkan, katanya ikan kering itu 50 sen seekor, sayur satu senduk RM1 (saya ambil dua…RM2 lah..cis! Ambil sikit pun sama jugak), nasi RM1.20…so, jumlahnya RM3.70 lah. Saya yakin, jika saya ambil sirap atau teh o ais, mesti jadi RM4.70 ataupun RM5!

Anda perasan atau tidak, di kedai makan masih ramai orang. Saya dan kawan merungut…orang Malaysia ini memang suka makan. Harga naik pun masih ramai yang datang makan. Agaknya…orang lain yang datang pun terfikirkan perkara yang sama bila melihat kami pun melahap juga. “Cuba engkau tengok tu…” Kata kawan saya, sambil menjuihkan mulutnya kepada dua pemuda yang membumbung sahaja nasi mereka.

“Alah…kesan masih belum terasa. Engkau tunggulah sikit hari nanti, bila duit asyik tak cukup, barang dapur tak cukup, belanja sekolah anak tak cukup…tunggulah. Jangan ada sampai tak datang kerja sebab minyak kereta tak cukup sudah…”

Ya…saya teringat kata-kata anak usrah saya semalam, Dr Badrul Amin membayangkan kenaikan minyak petrol baru-baru ini ibarat bot yang baru berlalu di air yang tenang. Mereka yang duduk di dalam bot itu memang tak terasa apa-apalah. Tapi orang lain yang berada di dalam kolek dan sampan sekitar perahu yang akan terasa. Mungkin kini, mereka masih belum terasa olengannya, kerana bot baru berlalu. Tunggulah, nanti mereka akan terasa juga olengan keras pada perahu itu apabila ombak besar kesan laluan bot itu menampan perahu papan selepas ini.

Tengah menyarung sepatu usai solat Zohor di surau pejabat, saya disapa seorang kenalan. “Tadi saya sedih sungguh. Ada pakcik tu makan nasi hanya berlaukkan sayur…kuahnya pula lebih. Tentu dia dah tak berduit.”

Anda alami apa yang saya dan kawan-kawan alami di atas? Apa tindakan kita? Apakah kesudahan nasib kita?

BEBERAPA ISU...UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Jom tengok Mas Idayu bergolek-golek…

Ketua Pemuda PAS Selangor, Ust Sallehen Mukhyi sudah menghantar memorandum bantahan kepada MB Selangor: “Jangan izinkan konsert Ella dan Mas Idayu sempena 100 hari mentadbir Selangor.”…Apa kata Dato’ Dr. Hasan Ali ye?

Saya sebenarnya sudah letih dengan Malaysia yang kaya hiburan. Sungguh…tidak percaya, anda bukalah siaran di TV, dari saluran satu hinggalah sembilan. Cuba hitung, berapa banyak rancangan hiburan? Banyakkan?

Di dalam sebuah negara membangun seperti Malaysia, khususnya Selangor yang kononnya pada zaman Dr Khir sudah menjadi ‘negeri maju’, kita patut mencorakkan pemikiran dan budaya rakyat. Corakkan secara betul. Contoh, budayakan ilmu, suka membaca, hidup sihat dengan jauhkan rokok dan arak, kawal akhlak dengan hindari disko dan rumah urut dan berbagai-bagai lagi.

Ah…saya hanya mengharapkan kebijaksanaan para pemimpin di atas. Ingat ye, Allah SWT memantau anda!

Jaminan undang-undang Islam

Dewan Pemuda PAS bercadang…baru mengemukakan draf perlaksanaan undang-undang Islam di lima negeri Pakatan Rakyat. DAP dan PKR melenting, jangan buat…motif utama PR ialah kebajikan rakyat.

So what? PAS tersepit atau PAS kurang cerdik? Dari dahulu saya nyatakan, jangan suka heboh-heboh…jangan jadi ayam bertelur sebiji becok setaman. Buatlah, walau pun bukan atas nama undang-undang Islam, tapi buatlah. Undang-undang Islam ada tiga jenis, Qisas, Hudud dan Ta’zir, mana yang boleh buat dulu maka buatlah. Tapi tak payah berlabel-label. Tak payah canang… “Inilah undang-undang Islam.” Yang penting, buat.

Ia 100% pasti sesuai dengan manusia, kerana ia undang-undang Allah. Tapi bila ada segelintir manusia dalam PAS yang masih suka bermain slogan dan suka mencang, ha…inilah akibatnya. Apakah perlu kita tulis besar-besar di hadapan dada kita, SAYA ADALAH MUSLIM…cukuplah kita menutup aurat, menjaga akhlak dan mengesakan Allah. Kita adalah MUSLIM!

Hadari…buang masa!

Suka saya membaca komentar YAB Tan Sri Khalid: “membuang masa.”

Kata MB Selangor, manakan tidak membuang masa jika ia perlu diterangkan kepada masyarakat. Budak-budak sekolah hingga ke universiti. Sebaliknya kata beliau, lebih baik mengkaji Islam semasa era Turki Uthmaniyyah (Ottoman) dan era Umar Abdul Aziz…lebih baik.

Saya memang suka komen MB seorang ini. Bersahaja tetapi berisi. Em…macam komen beliau tentang penamatan kontrak Pengarah Muzium Selangor… “Saya tidak mahu dia pun jadi macam artifak sejarah juga…”

Isnin, Jun 16, 2008

Sehari di Hari Bapa


Saya ini pelupa juga. Saya selalu tidak ingat akan tarikh. Tarikh hari lahir anak-anak selalu terlupa, hari lahir emak dan abah pun sama. Selalunya, adik-adik yang akan hantar reminder, do not forget to wish happy birthday or happy mother’s day dan entah apa-apalah lagi. Itulah, saya hanya ingat tarikh atau tepatnya ingat hari. Menjelang Jumaat saya sudah happy, kerana Sabtu sudah mari…cutilah. Saya bebas, boleh buat apa sahaja di rumah. Maklumlah, masa yang terbaik sepanjang minggu sudah saya berikan kepada orang lain, sedangkan sepatutnya masa itu untuk keluarga.

Jadi, Sabtu dan Ahadlah saya gunakan untuk meraikan anak-anak dan isteri. Jalan-jalan cari makan, makan angin dan makan di luar. Namun, menjelang Ahad saya sudah rasa tak berapa best semula. Esok Isnin, kena berkerja. Maknanya, kena bangun awal pagi, kena keluar kerja awal dan memandu sejauh 30 km! Minyak mahal…oho….Tol lagi! Uhu…hu…!

Sesungguhnya semalam saya memang tidak ingat pun ia Hari Bapa. Anak dan isteri saya sejak awal Sabtu sudah mengecek. Along membayangkan untuk menonton movie Kung Fu Panda di panggung wayang…itu pun jika saya sudi. Maklumlah, seumur hidup saya, belum pernah saya menonton wayang, sungguh ni. Ayang anak kedua pula mengecek untuk meratah ayam KFC. Sudah lama katanya tak makan. Saya berkira-kira, menonton wayang kosnya seputar RM50, makan KFC pun kira-kira RM50. Hem…RM100! Saya bagi tahu isteri saya, pilihlah salah satu…kena kena apply konsep ekonomi di sini, iaitu ‘Kos Melepas.’ Pilih movie tiadalah KFC; begitulah sebaliknya.

Akhirnya, kami memilih Kung Fu Panda. Tapi sayang, percubaan kami kali pertama sekeluarga menonton wayang di panggung berhampiran tidak berjaya. Jam 11 pagi orang sudah beratur panjang dan jadual tayangan penuh, mungkin malam baru dapat. Saya mengubah haluan, kami ke Tesco Selayang. Boleh membeli barang dan selepas itu, makan di KFC sana.

Sudah makan, muka Abang Yang masih masam. Dia dapat nombor satu lagi dalam kelas dan sedari awal sudah demand hadiah. Letih juga saya dan isteri dengan keletah anak kedua ini, cerdik memang cerdik…tetapi perlu selalu diberikan hadiah. Mujurlah permintaannya tidak mahal, hanya mainan ‘Daman.’ Harganya bawah RM10. Sepanjang masa membeli-belah mukanya masam mencuka. Masa di KFC pun makan berbasa-basi sahaja. Tidak bersungguh. Lepas tu baring di kerusi panjang KFC, siap lelap lagi. Sah! Dia boring tahap ‘cipan’ ni…kata hati saya.

Akhirnya, melilaulah kami mencari mainan itu. Tapi tak jumpa. Akhirnya kami masuk kedai mainan Toy’s …apa entah. Banyaklah mainannya. Anak ketiga dan keempat makin galak. Saya yang bimbang, takut mereka nak dan tak dapat nanti melalak! Mujurlah anak keempat awal-awal lagi isteri saya minta belikan push car di Tesco.

Saya kasihankan Abang Long. Dia pun dapat nombor satu di sekolah agama, dapat naik kelas lagi. Tapi dia tidak meminta-minta, cool sahaja. Saya minta dia pun carilah apa-apa hadiah. Akhirnya, isteri saya dapat memujuk…belilah mainan tiga untuk RM10! Fuh..jimat pitih saya. Jadi, masing-masing dapat hadiahlah!

Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada isteri, beliau menghadiahkan saya sebuah plug yang cantik. Ada kata-kata pujian dan perangsang di situ. Juga sebiji kek coklat Hari Bapa. Terima kasihlah…walaupun saya memang pelupa, termasuklah untuk meraikan Hari Ibu bersama…berdua!

Jumaat, Jun 13, 2008

Turki yang hadir dalam doa


Hati saya terguris luka membaca posting Abu Saif di dalam blognya (saifulislam.com). Saya tersentuh mengenangkan betapa sukarnya muslimah Turki mahu mengamalkan syariat agama mereka sendiri. Satu syariat yang asasi. Iaitu bertudung.

Saya tahu, Abu Saif lebih luka lagi hatinya. Beliau pernah menghirup segar udara dua benua itu. Menikmati aroma musim bunganya. Menikmati akrab persahabatan para manusianya. Menjengah kembali masjid Aya Sophea dan menelusuri kembali sejarah kegemilangan lama. Ah…nostalgia. Dan sesungguhnya, saya mulai tertarik kepada blog beliau pun, setelah membaca catatan-catatan pengalaman Abu Saif di sana. Bersama pakcik tua pemurah yang menumpangkan beliau, dalam kembara ilmu dan ukhuwwahnya.

Jujurnya, saya sendiri begitu kepingin melewati Turki. Negara yang dahulunya pernah menjadi tapak daulah Islam. Ya, sebelum kebebalan manusia yang pelupa meranapkan sebuah khilafah pada 1924 yang parah. Saya ada membeli dan membaca sebuah buku mengenai Turki, ada foto Attartuk di hadapannya. Saya tahu serba sedikit, itulah manusianya yang mengelamkan terus sejarah gemilang Turki. Bapa pemodenan kononnya, lebih jelas adalah bapa sekularisma!

Saya sendiri gusar dengan masa hadapan Turki. Mampukah Recep Tayyib Erdogan dan Abdullah Gul mengekalkan dominasi kuasa. Dominasi yang menentukan mukaddimah ke arah perubahan positif yang kekal. Memang kuasa adalah perlu. Di Malaysia sendiri kita sibuk berbicara soal kuasa. Dengan kuasa jugalah, seseorang mampu menurunkan harga minyak petrol yang kini menggila. Tapi, di Turki mereka tidak kecoh isu naiknya minyak atau bahan bakar. Kerana mereka lebih bimbang dengan maruah agama. Apalah ada lagi pada muslimah yang solehah, jika mahkotanya dijaja merata-rata. Bukankah rambut itu aurat yang perlu dirapi dari sentuhan mata lelaki yang ajnabi?

Saya hanya mampu menekur dahi di lantai kehambaan, moga-moga Tuhan yang Maha Qahhar akan menentukan kemenangan dan kekuasaan mutlak terus berpihak kepada yang benar. Selebihnya, mengajak para sahabat dan kawan juga anda…para pembaca blog ini, agar sama-sama menadah tangan. Mohon agar Islam kembali gemilang dan cerlang di Turki. Meranapkan angkuhnya puing-puing sekularisme yang kini masih samseng mempamerkan taringnya!

Sila kunjungi: http://saifulislam.com/?p=2054#more-2054 untuk tulisan lanjut mengenai isu ini.

TAZKIRAH PAGI JUMAAT

Muhammad…Pemimpin yang sejati

Kita memang memerlukan pemimpin tipa ini. Pemimpin yang mendahulukan kepentingan rakyat melebihi dirinya. Pemimpin yang memikirkan nasib rakyatnya sentiasa. Bukan sekadar nasib di dunia, bahkan nasib di akhirat sana. Pemimpin yang pada dirinya ada suri tauladan mulia. Keluarga dan ahlinya juga adalah contoh kehidupan kita.

“Sesungguhnya imam (pemimpin) itu adalah seumpama perisai, orang yang berperang akan menggunakannya bagi melindungi dirinya. Jika imam memerintahkan supaya rakyatnya bertakwa kepada Allah Azzawajalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya. Dan jika dia memerintahkan selain daripada itu, maka dia mendapat siksa,” (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a, Sahih Muslim hadis Nombor 1809)

Pemimpin yang berjiwa besar, mahukan kesejahteraan meliputi anak-anak buahnya. Mereka memimpin dari hati dan akal, yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka meletakkan neraca iman dan takwa dalam setiap tindakan. Neraca iman dan takwa itulah juga neraca dosa dan pahala. Mereka sedar setiap keputusan yang diambil, kesannya akan meliputi rakyatnya. Mereka insaf bahawa, kesilapan yang dibuat walau sejengkal, kelak memudaratkan rakyatnya berhasta-hasta dan berjela-jela.

Di dalam kehidupan pemimpin, mereka menyarungkan pakaian soleh, tawadhu’ dan zuhud kepada diri. Mereka tidak ego, meninggi diri apatah lagi bersifat sombong dan bongkak. Mereka sedar, kepimpinan adalah amanah. Ia akan disoal kembali oleh Allah. Setiap kesalahan akan mendapat kemurkaan. Melainkan mereka tersilap setelah berusaha sedaya mungkin membuat yang terbaik Khilaf yang tidak disengajakan, pasti sahaja ada ampunannya di sisi Allah SWT. Dengan syarat mereka mestilah fakih dalam tindakannya dan tidak segan memohon maghfirah daripada-Nya.

“Ketahuilah! Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinanmu. Seorang pemerintah yang berkuasa ke atas rakyatnya akan ditanya tentang kepimpinannya,” (Riwayat Muslim daripada Ibnu Umar, Sahih Muslim Hadis Nombor 1796)

Sebaik-baik suri tauladan seorang pemimpin ialah Nabi Muhammad SAW. Al-Quran menggambarkan baginda sebaik-baik manusia, justeru Al-Quran itu sendiri adalah akhlak baginda. Muhammad adalah manusia yang sama seperti kita. Tiada kurang dan lebih, melainkan tahap ketakwaan baginda. Muhammad berkahwin, beranak-pinak, perlu makan dan minum, bahkan perlu kepada tidur dan rehat. Baginda bukanlah malaikat yang perkasa, seperti Jibril a.s yang mampu menterbalikkan bumi kaum Thoif yang menolak ajakan nabi. Bahkan Muhammad juga sakit dan derita, merasa pedih dan sedih. Muhammad tidak sunyi dilanda gangguan emosi, saat kehilangan tiga orang putera Qassim, Ibrahim dan Abdullah, juga saat kewafatan insan penyangga dakwah, Khadijah dan Abdul Mutallib tercinta.

“Akhlak rasulullah adalah Al-Quran,” tuntas jawab Aisyah saat ditanya orang tentang akhlak suaminya.

Namun, dalam serba-serbi seni kepimpinan, Muhammad mempamerkan akhlak terunggul yang penuh karisma. Muhammad menjadi ketua di masjid, mengimamkan jama’ah, mengajar hukum-hakam agama, bertindak sebagai hakim penyelesai masalah dan penegak neraca keadilan, menjadi tonggak angkatan perang sebagai panglima, menjadi ketua negara yang tercatat dalam sejarah manusia pertama mencipta perlembagaan Shahifatul Madinah. Maknanya, pada diri nabi yang mulia, adalah contoh tauladan terbaik. Sebaik-baik pemimpin yang pernah dilahirkan di dunia. Sebaik-baik manusia yang dilahirkan untuk manusia.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik tauladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah," (Al-Ahzab: 21).

Jadi, kenapa kita harus meraba-raba? Kenapa harus kita mencuba-cuba? Bukalah jendela hati, tataplah pada seerah yang menjadi laluan nabi. Carilah mafatih kepimpinan yang nabi warisi. Jangan kita sengaja menyusahkan diri, takut kelak kita sendiri yang akan merugi. Wallahu’lam.

Khamis, Jun 12, 2008

Bila anak-anak bicara soal cinta


Zaman kanak-kanak dahulu, kita mana kenal cinta. Cinta lelaki – perempuanlah! Yang kita tahu, main pondok-pondok atau main dangau. Main masak-masak. Lelaki jadi ayah dan perempuan jadi emak. Ambil daun ubi kayu dan ambil tempurung nyiur dan buatlah masak-masak. Kemudian, main kawin-kawin. Sandingkan sang mempelai di atas pelamin dekat pokok pisang belakang rumah!

Bila umur naik sikit, masuk sekolah dalam darjah tiga, barulah tumbuh rasa suka kepada ‘lawan jenis’. Sudah mula pandai berangan-angan dengan budak perempuan. Rasa seronok bila dapat duduk dekat dengan murid perempuan yang kita suka. Agaknya, si budak perempuan itu pun sama juga. Suka bila dapat lihat wajah budak lelaki yang dia suka.

Itulah zaman kanak-kanak. Sambil galas beg sekolah dan sambil sangkut lastik di tengkuk, masih ada juga lintasan-lintasan untuk mencari kawan perempuan. Saya terkadang senyum sendiri. Iyalah, teringatkan Asiah anak Pak Su Yek yang bertahi lalat di dagu kirinya. Asiah pernah hinggap sebentar di dahan usia saya. Dalam darjah tiga, saya mulai menyukainya. Saya pernah berbisik kepada seorang kawan, dia berjanji mahu merahsiakannya. Tapi, dasar kawan mulut ‘jelabas’, dia kepohkan pula kepada kawan-kawan lain. Aduh…malunya!

Kini saya ada dua anak lelaki. Seorang umurnya sembilan tahun dan seorang lagi lapan. Umur mereka yang agak sebaya, menyebabkan mereka agak rapat. Pernah si adik menyatakan, si abang sudah ada makwe di sekolah. Abang pun menyatakan yang sama. Saya malas nak usul periksa. Tapi, saya tahu itu lumrah…perkara biasa. Yang abnormal jika suka kepada kawan sejenis…itu bahaya!

Namun, cerita seorang kawan mengenai anak lelakinya yang baru masuk darjah satu sudah jatuh cinta, benar-benar menggerudi hati saya. Bayangkan, usia baru tujuh tahun, tapi sudah pandai bermain kata dan bermain mata! Kata kawan saya, anaknya sudah pandai menghantar SMS kepada ‘si gadis’, walaupun dia tersilap hantar kerana SMS itu akhirnya tiba kepada bapanya sendiri! Kata SMS itu…Hai..*$%@#(*…

Ya..itulah anak-anak zaman siber, memang mudah teruja hati dan mindanya. Aruhan suasana dan setiap kejadian di hadapan mata mereka, menumbuhkan saham ke dalam diri. Saya amat berharap, anak-anak saya mampu menghadapi zaman getir yang disebutkan nabi zaman al-fitan (penuh kerosakan) ini dengan perkasa. Perkasa iman dan perkasa takwanya…amin.

Rabu, Jun 11, 2008

10% dipotong...apalah sangat


Saya ada membaca tulisan Dr Aisar Yee Abdullah, kolumnis tetap dalam akhbar Sinar Harian. Tulisan beliau adakalanya ‘garang’ menyinggung pihak pemerintah. Antara tulisan beliau yang saya suka, ialah mengulas kekalahan BN lewat PRU12 dahulu. Kata penulis: Pak Lah terbuai (hakikatnya tertipu) dengan kelicikan media sendiri!

Tadi saya membaca lagi tulisan beliau. Kali ini disentuh secara lebar ialah inisiatif Pak Lah mengurangkan 10% elaun keraian para menteri. Beliau turut menyinggung ‘perubahan hidup’ yang sering diseru kerajaan. Menariknya, beliau lebih dahulu menceritakan perihal kesederhanaan MB Kelantan mendiami rumah papan dan kesederhanaan KM Pulau Pinang menaiki kapal terbang kelas ekonomi. Sinisnya kata beliau, tak guna juga menyuruh MB dan KM BN duduk di rumah sendiri, kerana ada sesetengahnya rumah peribadi mereka jauh lebih mewah daripada rumah rasmi kerajaan!

Namun, saya jadi tertarik apabila kesimpulan tulisan beliau, Dr Aisar menyatakan, punca pembaziran ialah rasuah. Ya, rasuah! Projek bernilai RM100 juta jadi RM135 juta, kerana RM35 juta untuk kroni! Inilah yang perlu ditangani Pak Lah. Ribuan projek tanpa tender terbuka, perolehan (pembelian) harta kerajaan dengan kos melampau (alah…apa cerita pemutar skru harga sampai beratus ringggit zaman Azalina dahulu?!) dan banyak lagilah. Mat Ezam yang masuk balik Umno…inilah pun benda yang dia kena selesaikan (geli hati saya baca pengakuan Mat Ezam masuk Umno…)

Dr Aisar menamatkan tulisannya dengan menyatakan: “Tindakan mengelakkan pembaziran hendaklah melibatkan semua peringkat projek (kecil ke super mega) dan bukannya pemotongan elaun menteri dan kakitangan kanan kerajaan…(alah...apalah sangatnya elaun keraian PM RM18,865 dipotong RM1,886 sahaja SEBULAN!) Penjimatannya tidak seberapa berbanding dengan pembaziran yang (disifatkan) bersaudara dengan syaitan, seperti kata Dr Asri (Mufti Perlis dalam Mingguan M’sia, Ahad 9 Jun 2008). Bukan RM2 billion boleh diselamatkan; tetapi puluhan billion.”

Saya memang sudah lama menggegerkan isu ini. Penyelesaian kepada isu ini hanya ada satu kunci, iaitu ketakwaan. Takwa yang selalu disebutkan di madrasah tua di kampung saya…TAKUT KEPADA ALLAH! Hmmm…soalan saya, sudah bersediakah Pak Lah mencari kunci ini? Sudah bersediakah? Wallahua’lam.

Selasa, Jun 10, 2008

Keletah anak-anak yang melucukan


Dahulu kitalah anak-anak itu. Bangun pagi dikejutkan emak. Sejuknya…kena mandi air panas. Emak akan jerang air dahulu. Tenggek cerek berbontot hitam berjelaga atas tungku di dapur kayu. Jenuhlah emak hendak memujuk anaknya ke sekolah.

Kini, anak-anak tidur dalam air-cond. Memang sejuklah waktu pagi. Jenuh dikejutkan, siap dimanja-manjakan lagi. Kemudian, anak menggeleng, tak nak pergi sekolah. Kita pun pujuk lagi. Air sejuk kata mereka. Lalu kita pun pasang water heater dalam bilik mandi. Tekan je suis dan mandilah air hujan yang suam-suam kuku itu.

Kadang-kadang anak-anak memang melucukan. Ada harinya mereka begitu teruja mendepani hari. Bersemangat siap pesan sebelum tidur, esok kejutkan mereka di awal pagi. Anak kedua saya, Abang Yang siap pesan…esok abi jangan lupa kejutkan abang yang…Abang Yang nak ikut abi solat subuh di surau!

Tetapi, kadang-kadang yang rajin itu jugalah buat hal di awal pagi. Bangunnya liat. Jenuh dikejut, digeletek tapak kaki atau digigit telinganya. Akhirnya dia marah-marah. Habis digaru segala badan yang tidak gatal. Muka sudah bertukar, jadi rupa orang berak keras. Mulut mula memuncung. Kaki mula menghentak-hentak. Akhirnya masuk bilik mandi dengan pintu dihempas kasar!

Aduhai. Kadang-kadang, apabila yang sulung menunjukkan perangai, maka anak kedua automatis jadi baik. Nak-nak pula bila kita tinggikan suara kepada yang sulung, mulalah dia jadi ultra-rajin. Terus bangun, capai tuala, seghelehkan baju tidur dan mandi tanpa paksa. Jadi bonus pula bila solat subuh…begitulah, yang sulung pun boleh jadi rajin automatis bila yang kedua kena marah awal pagi. Maknanya mereka ini pesainglah.

Anak-anak adalah penyejuk jiwa. Saya tatap wajah mereka dengan mata yang masih terpekup rapat di awal pagi. Bersih dan mulus. Ada tompokan kasih sayang di situ. Mereka memang anak-anak yang suci. Kitalah…kitalah yang akan menentukan arah mereka di kemudian hari.
*segheleh = tanggalkan

Isnin, Jun 09, 2008

Saya orang kampung yang rindukan belaian orang tua


Emak mertua yang menghantar anak-anak saya, Abang Long dan Abang Yang balik ke KL, setelah lama bercuti di kampung, sudah pulang semalam. Empat hari emak mertua di Kepong. Saya gembira dengan kehadiran emak mertua bersama adik bongsu isteri saya, Hakim. Saya suka jika ada saudara mara datang ke rumah. Kata orang, tetamu datang bawa rezeki. Sebaliknya saya amat bimbang bila orang tidak mahu datang ke rumah saya. Kadang-kadang, ada kes kita dengar, jenuh orang itu mengajak kawan-kawan datang ke rumahnya; tapi hati orang yang diajak tetap tidak terbuka untuk ke sana…kenapa ye?

Emak mertua saya bekas guru, tepatnya ustazah. Semasa berkenalan dengan isteri dahulu, saya cepat tersentuh dengan budi baik emak mertua saya. Orangnya tidaklah secantik Puan Sri Saloma atau Datuk Syarifah Aini. Tapi, kecantikan akhlak dan bahasa lebih terkesan di jiwa. Saya perhatikan, emak mertua saya payah untuk mengeluarkan sesuatu perkataan yang boleh mencalarkan hati. Sifat ini diwarisi oleh isteri saya.

Ya, cuti sekolah baru-baru ini, kira-kira 10 hari anak-anak saya - Along dan Ayang - bercuti di kampung. Ya! Saya rindukan mereka. Bilik mereka yang selalunya riuh rendah dengan suara, terasa sunyi dan kesing. Bilik yang selalunya berselerak dengan mainan dan buku, tersusun kemas tanpa sentuhan nakal. Saya kerinduan. Saat menjengah ke masjid pada hari Jumaat, saya teringatkan mereka. Saya selalu membawa mereka solat di sisi waktu cuti. Saya bahkan selalu membawa mereka solat di surau. Saya mahu anak-anak lelaki saya membesar dalam bi'ah yang soleh. Itulah harapan saya.


Kini, sekolah bermula kembali. Anak-anak saya kembali hadir dalam hidup saya dan isteri. Dua orang anak perempuan kami pun sudah tidak sunyi lagi. Abang-abang mereka sudah pulang untuk memenuhi diari kehidupan kami sekeluarga. Emak mertua pun sudah pulang. Pagi tadi…sambil memandu Toyota Ipsum yang baru saya dan isteri miliki, saya dibuai lagu D.J. Dave…di desa kasihku tertumpah.


Ah!!! Saya rindukan kampung. Saya rindukan emak, opah dan abah. Saya rindukan abah dan emak mertua. Saya rindukan semua. Sah…saya memang anak kampung…anak kampung yang rindukan sentuhan mulus orang tuanya!!!

Nota: Masjid Yahya Ubudiah, Kampung Banggol Belimbing...tempat saya menadah kitab kuning dan bertadarus saban malam di bulan Ramadan dengan imam Megat Deraof dan Imam Lebai Li yang kini sudah pun gemulah...

Jumaat, Jun 06, 2008

Muafakat baru kebudayaan Malaysia


“Gagasan ini (muafakat baru kebudayaan Malaysia) diilhamkan daripada puisi Usman Awang, ‘Sahabatku’ yang menyentuh kepiluannya terhadap jurang antara kaum yang melebar, jurang antara golongan kaya dan miskin,” kata Khalid Jaafar, pembantu kanan DSAI. Anwar dijangka akan mengumumkan ‘muafakat baru’ tersebut dalam waktu terdekat, sebagai kesinambungan ke arah pembentukan agenda Malaysia Baru yang dicanang oleh beliau sebelum PRU12 lalu. Syabas saya ucapkan!

Apa yang lebih menarik, DSAI menegaskan upaya Bahasa Melayu akan digandakan kembali. Bahasa Melayu terlalu gontai selama ini di bawah tangan-tangan comot PM Tun M dan diteruskan oleh Pak Lah.

Baguslah. Saya yakin ketegasan DSAI dalam isu ini. Isu bahasa adalah fundemental. Ia akar yang mengukuhkan budaya dan bangsa. Apa yang lebih menarik, ramai sasterawan, seniman dan budayawan dijangka hadir pada pelancaran ‘Muafakat Baru’ oleh Anwar.

Insya-Allah, Bahasa Melayu akan bernafas kembali!
Sila rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/84052

Apabila Pak Lah harap…Jangan ada demonstrasi!

Pelik tak? Apa yang nak pelik, nampaknya Pak Lah sudah tahu. Sudah tahu bahawa pengumumannya pasti tidak mendapat restu. Restu rakyatlah… Apabila menyebut rakyat, maka termasuklah semua orang. Termasuklah orang berparti dan orang non-parti, orang mengundi dan orang malas mengundi. Termasuklah orang UMNO, MIC, MCA, Gerakan, PPP dan semuanya. Orang Pakatan Rakyat biasalah…memang sejak dahulu tidak merestui Pak Lah Hadari!

Ha! Ha! Ha! Biarkan…baru depa tahu akibat tangan-tangan mereka, maka mereka yang rasa kesannya. Saya teringat pesanan Allah… “Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah Allah, maka sesungguhnya dia berbuat kebaikan itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang sesat maka kesesatannya itu adalah untuk (kerugiannya) sendiri” (Al-Isra: 15)

Hua…menyesal aku…menyesal! Apa yang dikesalkan, nasi yang digoreng sudah hangit dan hitam di punggung kuali. Siapa yang teringin nak makan lagi. Jika nasi ditanak jadi bubur boleh juga tambah ikan bilis dan bawang goreng…hmm...sedaaap!

Ha, ambik kau! Rakyat dah nak buat protes, dah nak demo balik. Dulu November 2007 heboh satu dunia bila ratusan ribu rakyat berbaju kuning berhimpun di KL, kini jumlah yang sama bakal berhimpun lagi. Bajunya colour apa, belum pasti. Tapi, jangan terkejut jika jumlahnya menjadi jutaan orang.

Saya sebenarnya tidak gemar idea demo ini. Sebab nanti, adalah yang kena belasah, kena sembur gas pedih mata dan mandian air asid yang meloyakan. Saya malas nak dengar ada orang kena belantan, kena sepak terajang dengan polis bertopi merah. Semuanya menyakitkan hati dan memedihkan telinga. Semuanya membikin hati merintih…

Saya lebih suka rakyat buat silent protest! Silent protest memang tak nampak agresif, tidak radikal dan nampak ‘poyooo’; tetapi kesannya besar. Alah…parti Pak Lah jatuh macam nangka busuk di lima eh…enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan KL baru-baru ini pun, kesan silent protest lah…

Haa…dah nampak? So, some one should tell Dr Hatta Ramly, Doctor…no need to make another rally, just make silent protest.

Okay, apa caranya…stay at your home just one day...every one...every body, don't go any where, all the vehicles and public transportation too...no car on the road, no pupils at school, no one at pasar borong, all bank and public office are close...and can we imagine what will happen later...Pak Lah and all his companions will cry...ooo my peoples, i'm sorry...i'm so sorry, now i announce again, the petrol's price is reducing back...

Wahai Agamawan…Hampa Buat Apa?


Saya buka lamab web seorang mufti muda, kot-kot ada kenyataan mengenai kenaikan harga minyak…tak ada…tak ada! Saya baca juga akhbar semalam…reaksi akhbar biasalah, melaporkan apa yang sudah kita tahu pun dari TV…pun saya tak nampak ulasan daripada mana-mana agamawan! Agh!!! Mana pergi semua Tok Mufti Malaysia? Dalam negara ini kita ada 14 orang mufti, takkan seorang pun tak tergerak nak memberikan ulasan…ya pandangan seorang agamawan berdasarkan sunnah dan kitabullah!

Itulah, agamawan di Malaysia memang hebat. Mereka lebih suka membiarkan umat Islam teraba-raba. Isu yang mereka bincangkan pun, selalunya dah tertinggal tren keretapi. Tak pernah dengar mereka serius berdiskusi mengenai isu semasa atau yang bersifat futuristic. Misalnya, duduklah berdiskusi dengan seniman…apakah caranya nak meningkatkan mutu filem dan drama dalam alur yang diredhai Allah…adakah? Wahai tok-tok mufti…adakah?

Wah! Garang nampak?! Bukan garang…tapi bengang. Saya tahulah, mereka orang ‘gomen’, diberikan gaji. Tapi saya nak sebut, mereka itu hamba Allah yang pilihan…diberikan ilmu dan kemampuan menafsirkan Al-Quran dan tahu selok-belok hukum-hakam, faham seerah dan faham sunnah. Mereka patut menjadi rujukan…dan saya yakin Pak Lah memang tak rujuk pun puak-puak agamawan ini semasa merancang untuk menaikkan harga minyak petrol…saya yakin...jika ada pun Pak Lah hanya rujuk penasihatnya sahajalah...apalah yang kita boleh harapkan daripada penasihat, nama pun penasihat!

So what? Saya nak para agamawan jangan tidur. Jangan jadi tawadhuk tak menentu. Jangan jadi qanaah tak bertempat. Agamawan waris nabi. Nabi adalah manusia paling responsive dan paling inovatif. Nabi adalah manusia cergas dan manusia cerdas. Nabi mendepani zamannya…selalu. Nabi selalu membayangkan peristiwa akan datang…nabi ada wawasan. Nabi menjadi rujukan dan memang boleh diyakini. Jadi, para agawaman sama ada tok kadi, tok mufti, tok apa-apa sahajalah…adakah anda rasa anda sudah seperti nabi? Sudah seperti nabi dalam gerak kerjanya, dalam dakwahnya, dalam cara hidupnya, dalam kontribusinya kepada ummah?

Argh!!! Penat aku…entah-entah ‘mereka’ ini, blog macam ini pun mereka tak reti nak buka…atau tak sudi nak baca! Maklumlah…aku kan blogger!