Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Isnin, Februari 16, 2009

NASIB-NASIB LA BADAN...


JELAPANG assemblyman Hee Yit Foong who quit DAP to become an independent assemblyman “friendly” to Barisan Nasional has been told to vacate a rented shoplot which she used as her service centre in the constituency, reported Sin Chew Daily.


The shopowner, known only as Mani, said he was afraid residents would vent their frustration by damaging the premises due to Hee’s defection from the DAP.


Mani, who operates a barber shop, shared half the premises with Hee.


He was quoted as saying: “Hee, please remove the signboards and all your belongings. I do not want to rent you the premises any more.


“Lately, many residents have come to me asking about her whereabouts. I feel irritated. That’s one of the reasons I decided not to rent her the premises anymore,” he said.


According to Mani, Hee rented the premises in December last year for RM320 a month. She paid two months rental in advance, and a RM200 electricity deposit.


Ordering Hee to remove all her computers, tables and chairs by March, Mani hoped she would contact him soon to settle the problems “once and for all.”


Sin Chew reported that the last time Hee appeared at the centre was on Jan 22 when she gave out goodies to the elderly in conjunction with Chinese New Year.

Khamis, Februari 05, 2009

RAJA DAN DEMOKRASI


1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.
2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”
3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.
4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.
5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.
6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).
Wallahua’lam.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.

Pengajaran daripada Perak

Huru-hara! Itulah perkataan yang layak diberikan kepada senario politik di Perak. BN ‘merampas kuasa’ secara halus. PR pula menggigit jari-jemari dengan segala macam ‘skrip’ yang sudah pun tertulis. Apakah pengajarannya?

Jangan terlalu percaya kepada strategi sendiri. PR nampak terlalu yakin, bahawa kedua-dua orang ‘makhluk’ perosak dari Behrang dan Changkat Jering itu tidak akan mampu menambah sokongan kepada BN. Pilihanraya kecil akan berlaku. Dengan surat yang sudah ditandatangani, yes…semuanya akan okay! Rupa-rupanya, SPR yang berkata-kata mengikut ‘skrip’ menggagalkan rancangan itu. Ingatlah…SPR itu siapa yang punya! Gagal nampaknya strategi PR di sini.

Terlalu bergantung harap kepada orang. PR nampaknya begitu gembira dengan kemasukan Nasarudin Hashim ke dalam PKR. Ada yang begitu bersemangat membelasah BN. Tup-tup, dia ‘lompat’ balik kepada BN. Habis…itulah padahnya bergantung kepada seorang ‘tukang lompat.’ Apa yang sepatutnya dibuat ialah, PR wajib MENJAGA semua ADUN-nya daripada diperangkap BN. Ini yang tidak berlaku. BN membawa lari MP mereka ke Taiwan, kenapa PR tidak buat benda yang sama sebelum terlewat.

Percaya kepada orang tanpa 1% pun prasangka. Inilah masalahnya. Saya secara peribadi menyatakan, adun-adun PR khususnya daripada PKR lebih ‘fragile’ untuk dibeli oleh BN. Jamaludin dan Osman itu kedua-duanya sedang terbelenggu dengan masalah, paling besar tuduhan rasuah. Sedikit gertakan dan ugutan, boleh menjahanamkan. Kenapa PR khususnya PKR tidak meletakkan pengawal peribadi yang akan 24 jam menjaga mereka. Sehingga bila mereka hilang, baharulah kelam-kabut dan berakhir dengan insiden penuh tragis pula!

Bangga mendedahkan rahsia dan perancangan. Apabila PR mendedahkan akan ada dua tiga orang lagi ADUN BN mahu melompat ke dalam PR setelah kemasukan Nasrudin Hashim, adakah anda rasa BN akan berdiam diri? Kenapa kita tidak boleh ‘senyap-senyap’ mengatur rencana. Kegagalan Projek 169 Anwar sepatutnya sudah dijadikan iktibar. Heboh satu dunia sehingga semuanya yang nampak cenderung kepada Anwar dikenakan ‘tahanan’ dalaman oleh BN. Inilah masalahnya bila terlalu teruja dengan rencana sendiri.

Tidak mengambil iktibar daripada peristiwa lalu. Apa yang berlaku di Perak pernah berlaku kepada Kelantan. Majoriti tipis menjadi sandaran; namun Kelantan mampu bertahan. Kenapa tidak belajar daripada Kelantan. Begitu juga, apa yang berlaku di Sabah semasa BN menjatuhkan kerajaan negeri di bawah PBS era 1990-an dahulu. Kenapa PR di Perak khususnya tidak mengambil pelajaran. BN adalah ‘spesies’ yang akan melanggar apa sahaja demi mencapai matlamat. Tolak ke tepi isu maruah dan harga diri. Itulah dia BN yang PR gagal tangani.

So, kita sudah mengenal pasti beberapa pengajaran yang mungkin belum terlewat untuk diambil oleh negeri-negeri lain PR. Apakah cadangan untuk menjaganya pula daripada merebak ke negeri-negeri lain?

Kawal pengaruh istana. Inilah yang dilakukan dengan jayanya oleh Umno / BN lebih 50 tahun. Apabila istana dikawal pengaruhnya, maka anasir politik BN akan gagal memanipulasi institusi ini untuk kepentingan mereka. Semuanya sudah maklum, istana adalah institusi yang terbatas kuasanya. Namun, PR nampaknya begitu ‘takut’ dengan kuasa istana yang terbatas ini. Kenapa ini harus terjadi? Saya mengesyorkan, agar digubal enakmen di DUN negeri-negeri PR yang meletakkan apabila DUN mahu dibubarkan, maka selepas tiga hari sultan masih enggan membenarkannya, maka DUN akan terbubar secara automatik. Hal ini saya yakin diizinkan di dalam perlembagaan negeri yang boleh dipinda.’

(p/s: Sedangkan Dr Mahathir boleh pengaruhi untuk pinda perlembagaan dengan menghapuskan immunity raja-raja…)

Kawal anasir BN dalam negeri-negeri PR. Selama ini, anasir-anasir BN ini masih diberi muka dan bermaharajalela. Atas nama perkenan istanalah misalnya, mereka pun kesana-kemari dengan ideology BN yang tebal menyusup dakyah BN tanpa sedar. PR kena sekat golongan ini. Waima atas nama apa pun, JKP ke atau apa-apa sahaja. Mungkin tidak keterlaluan, negeri PR mengharamkan terus JKP. Jika di negeri PR sendiri masih memberi muka kepada JKP, dalam program negeri masih dipanggil Ketua JKP, senang cakap…LETIH laa! Begitu juga bagi jawatan-jawatan lain. Jika Zahid Hamidi boleh ‘kurang hajar’ merendahkan MB Nizar di Perak, maka apa salahnya PR buat ‘kurang hajar’ dengan melarang menteri-menteri pusat daripada berkunjung ke negeri-negeri PR. Apa ruginya PR?

Kerjasama antara negeri masih longgar. Saya yakin, jika hubungan antara negeri-negeri PR kukuh, maka PR tidak akan bergantung harap dengan BN ataupun kerajaan pusat sangat. Alah…lebih 18 tahun Kelantan berjalan dengan dianak tirikan oleh BN, boleh hidup pun. Tunjukkan kekuatan kerajaan PR hingga rakyat di negeri-negeri BN rasa jealous dan akhirnya mereka sendiri mahu duduk di bawah PR. Susah sangat ke nak buat?

penguasaan media massa masih minimum di bawah PR. Harapkan Harakah dan Suara KeAdilan serta Rocket…alahai…ciputnya. BN ada semua channel. Jadi, sekatlah channel ini. Jangan izinkan semua channel BN berada di negeri-negeri PR. Baik Media Primanya, NSTP, Utusan dan apa-aa sahaja. Media Prima di Selangor misalnya, kenakan tekanan demi tekanan sehingga mereka tak larat dah nak tanggung. Akhirnya mereka ‘belah’ dan itulah kemenangan PR. Adakah logic PR Selangor membiarkan ‘punca barah’ berada di dalam badannya sendiri dan akhirnya barah itu yang akan membinasakan semua negeri PR?

Ada lagi insya-Allah…tunggulah…yang penting negeri-negeri PR terus selamat, amin.

Isnin, Januari 12, 2009

Kuala Terengganu Dari Jauh


Semasa berlabun dengan seorang kawan – dia adalah salah seorang ahli taktikal dalam memantau pilihan raya dan bertanggung jawab memberikan info keselamatan kepada kerajaan – dia membayangkan bahawa PR Kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini akan dipenuhi dengan ranjau bagi PAS.


Kuala Terengganu adalah penanda aras kepada BN. Jika PAS menang, ia memberikan signal bahawa rakyat memang 99 peratus sudah muak dan mual dengan BN. Imej PR sebaliknya akan melonjak tinggi. Ini sudah pasti menjadi ‘momok’ yang mengacau mimpin BN di siang hari.

Dalam kemelut Palestin di hujani bom dan peluru Israel, Kuala Terengganu pula dikerumuni sekian ramai polis.

Jumaat, Januari 09, 2009

Karpal yang keliru, bukan Anwar


Anwar Ibrahim buat pertama kalinya menyentuh isu hudud lewat ceramahnya di Kuala Terengganu. Katanya jelas: “Hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS hanya meliputi kepada orang-orang Islam; bukan Islam tidak.” Cukup, terang dan jelas!

Bagaimana seorang tua yang matang seperti Karpal Singh masih terkeliru dengan kenyataan sedemikian. Karpal menjadikan hujah oleh MB Kelantan bahawa “tiada sebab orang-orang bukan Islam untuk menolak hudud kerana bila dilaksanakan, samalah seperti mana mereka boleh terima undang-undang Barat.”

Apa yang pelik dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz di atas? Saya nampak tiada yang pelik, bahkan terang dan jelas. MB Kelantan tidak pun memasukkan bahawa: “Orang-orang bukan Islam PATUT TERIMA HUDUD untuk dilaksanakan ke atas mereka, seperti mana mereka terima undang-undang Barat, tiada yang berbeza pun…”

Saya fikir, Karpal perlu meneliti banyak ucapan dan penegasan oleh pimpinan kanan daripada PAS. Hj Hadi sendiri selaku presiden parti, acap kali menegaskan bahawa hudud jika dilaksanakan, ia hanya untuk orang-orang Islam. Hujah yang sama apabila Tuan Guru Nik Aziz menyatakan, orang Islam wajib solat maka kewajipan yang sama juga kepada hudud bahkan qisas. Semuanya arahan Allah SWT.

Karpal tidak perlu risau. Memang benar, ada pandangan ulama fikah bahawa hudud atau pun qisas jika dilaksanakan di dalam sebuah negara, maka semua rakyat tanpa mengira agama wajib dihukum secara saksama. Namun, itu hanya berlaku di dalam sebuah negara yang bernama NEGARA ISLAM. Bagi Malaysia, negara ini masih separa-Islam separa-sekular, maka ia tidak termasuk dalam kategori NEGARA ISLAM.

Seandainya Karpal meneliti sejarah Islam, semasa Nabi Muhammad SAW mengasaskan Negara Madinah lebih 1400 tahun dahulu, Nabi Muhammad SAW telah merangka satu perlembagaan yang dinamakan Syahifatul Madinah. Ia adalah perlembagaan pertama di dunia yang diiktiraf oleh para sejarawan. Perlembagaan itu memasukkan banyak perkara, namun maksudnya hanya satu iaitu, semua bangsa dan agama yang bernaung di Madinah tertakluk kepada perlembagaan itu. Semuanya bersetuju dan oleh kerana itulah, mereka tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang sama dengan kaum muslimin.

Karpal juga perlu tahu, bahawa di Madinah ketika itu terdiri daripada pelbagai jenis manusia. Masyarakat majmuk sudah ada di Madinah. Ada bangsa Afrika, bangsa Iran dan masyarakat Arab itu sendiri pun berbilang keturunan. Bangsa Yahudi yang mendiami Madinah ketika itu juga terdiri daripada pelbagai puak. Namun semua mereka mengaku dan bersetuju tunduk kepada perlembagaan, maka tiada bezalah di antara mereka dan umat Islam. Semuanya mendapat faedah yang sama dan jika berbuat jenayah, hukumannya sama juga.

Di Malaysia, jika Karpal serius mahu melihat PAS berjaya merealsiasikan agenda hududnya, maka berilah PAS peluang. Jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajan, maka boleh sahaja perlembagaan dipinda dan memberikan PAS peluang melaksanakan hudud di Kelantan, Terengganu dan Kelantan misalnya. Kemudian, Karpal boleh menilai sejauh manakah keberkesanan hudud dan qisas menangangani jenayah. Seandainya belum dilaksanakan lagi pun, Karpal sudah menghentam…maka samalah seperti mana Pakatan Rakyat mengatakan: “rakyat belum beri peluang pembangkang jadi kerajaan tapi sudah menghukum bahawa pembangkang tidak reti mentadbir, mana adil…berilah kami peluang dahulu, kemudian lihatlah hasilnya.”

Saya suka mengesyorkan Karpal berbicara secara lembut dan bijaksana dengan Tuan Guru Nik Aziz ataupun Tuan Guru Haji Hadi. Islam ini bukanlah agama yang mahu menghukum orang. Sebab itu dalam Islam ada kaedah: “Mencegah lebih baik daripada merawat.” Undang-undang Islam yang Karpal tak setuju itu, inilah maksudnya. Mencegah daripada berlaku. Mungkin Karpal perlu semak statistik jenayah di Arab Saudi dan bandingkan dengan New York atau Malaysia. Selepas itu baharulah Karpal sedar dia ‘menghukum’ terlalu awal sebenarnya.

Sebagai seorang pemimpin utama dalam DAP dan Pakatan Rakyat, Karpal mesti lebih matang dan bijaksana dalam memberikan komen dan pandangan. Saya yakin, Karpal adalah ahli politik yang sangat matang. Jadi, janganlah menghakis keyakinan itu, daripada saya seorang anak muda yang selama ini menghormati prinsip dan perjuangan Karpal dalam memberikan erti demokrasi sebenar kepada kami.

Wallahua’lam.

Selasa, Disember 02, 2008

Resah bagi yang ambil kisah

Mendepani kemelut mutakhir amat meresahkan. Ya, resah bagi yang ambil kisah. Bagi sesetengah orang, mereka lebih rungsing dengan kewangan yang kian mengecil nilainya. Satu anekdot barangkali, membawa RM50 ke pasar borong di Selayang hanya bias menjinjit dua plastik – satu berisi ikan kembong, sardin dan cencaru, satu lagi berisi kangkung, sawi dan bayam merah yang mungkin sudah layu!

Nilai ringgit amat menyusut. Saya enggan mendengar celoteh para pembaca berita, kononnya nilai ringgit kukuh atau menyusut sedikit berbanding dollar. Kita harus berpijak di bumi nyata. Apa guna menjerit inflasi kecil angkanya; jika realiti adalah sebaliknya. Kita harus makan nasi bukan bubur nasi; harus makan isi ayam bukan kulit dan kakinya!

Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai senario yang meresahkan. Kelembapan ekonomi nampaknya mulai menggasak. Saya begitu terkesan apabila perbelanjaan dapur meningkat terus. Bayangkan lampin pakai buang anak pun menelan belanja ratusan ringgit sebulan. Belum ditokok dengan belanja lupus lain…ataupun lebih ketara dicampur dengan biaya tetap bulanan – bayaran rumah, kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit.

Sebenarnya, masyarakat luar bandar lebih terkesan dan terbeban. Kejatuhan harga komoditi yang melampau amat menekan mereka. Dengan harga getah dan kelapa sawit yang jatuh begitu teruk di bawah paras par, apa lagi yang mampu diungkapkan. Maka, mereka bersabar mendepani hari penuh debar. Ya, tidak lama lagi sekolah bakal dibuka dan semuanya menuntut belanja besar.

Inilah kemelut utama.

Tetapi, kita jangan lupa kemelut-kemelut lain. Suasana politik Malaysia tidak aman. Selama ini rakyat yang berbilang kaum; masing-masing menyimpan taring. Kini, sudah ada yang berani mengangkat ekor dan merenjis najis di pelamin orang lain. Maka itulah, isu ketuanan Melayu dibangkitkan hatta isu fatwa juga dipersoal dan diungkit.

Saya tidak menyatakan Malaysia sejak dahulu aman. Entahlah, sejak saya kenal dunia politik…Malaysia sudah menempuhi pelbagai episod suka duka. Regim Umno – BN yang sudah berkuasa melebihi satu abad amat menusuk kuku dan susuhnya. Selama ini, dengan slogan ‘demokrasi terpimpin’ mereka menghalalkan pelbagai method yang menodai kewarasan demokrasi itu sendiri. Ya, saya tidak bersetuju dengan banyak benda. Cukup dengan satu contoh: Membelasah penduduk Memali dan kes itu tertangguh hingga kini! Memali telah memahat episod hitam legam dalam sejarah politik dan kemanusiaan Malaysia.

Jelasnya, rakyat dinafikan hak dalam banyak benda dan perkara. Contoh mudah, hak berpersatuan dan berpolitik. Ramai penjawat awam ditekan hanya semata-mata menganuti faham politik yang berbeza dengan pemerintah. Apakah ini pun cuba dinafikan Umno – BN? Saya punya datuk saudara, seorang guru yang ditukar ke merata-rata hanya kerana partinya berlambangkan ‘bulan purnama.’ Saya ada seorang sahabat yang dinafikan hak ‘naik pangkat’ setelah sah dia penyokong bulan. Ah…banyak lagi. Maka, jangan bicara aspek lain jika sesuatu yang diiktiraf di sisi perlembagaan pun dicabul Umno.

Sebab itulah, apabila rakyat terdesak dan terus diasak, maka kesabaran sudah sampai ke siling. Tiada arah lagi melainkan mereka membalas segala ‘jasa’ dengan memberikan undi yang sepatutnya. Inilah padahnya…

Malang, saya tidak melihat riak penyesalan daripada Umno dan BN. Bahkan sebaliknya berlaku. Media milik mereka secara ‘bodoh-sombong’ terus memperbodohkan rakyat. Pemimpin-pemimpin mereka masih ‘berlagak’ dengan pangkat dan kebesaran. Menipu masih jadi amalan biasa hatta di parlimen – ya, apa jadi pada Nazri Aziz? Percakaran sesama sendiri malah memburukkan lagi.

Pemilihan Umno Mac 2009 ini bagaikan ‘retak menanti belah.’ Retaknya sudah menjalar ke merata tempat, sudah merekah dan memang menanti pecah-relah. Kepimpinan Pak Lah yang lemah nampaknya bertambah parah, apabila penggantinya dilihat lebih ‘ghaplah’ dalam urusan ‘komisen’nya. Maka, rakyat bertambah muak dan mual. Apakah ini yang ditawarkan oleh sebuah pemerintah yang berada di hujung nyawa!

Maka, mahu atau tidak – rakyat kena berubah dan membuat perubahan. Inilah insiden dan senario yang tidak diingini oleh Umno – BN. Mereka mahu kekal sebagai pemerintah, sedang rakyat sudah menuntut perubahan. Saya tidak fikir mereka – Umno dan BN – bisa mengekalkan kuasa; selagi minda mereka di takuk lama walhal rakyat sudah jauh ke hadapan. Ya, takuk yang penuh kegelojohan mengumpulkan kekayaan walau terpaksa menginjak rakyat jelata yang memberikan mereka 'harapan'!

Rabu, November 26, 2008

Pengguguran Khalid: Apa sebenarnya?

Suatu alasan yang konstruktif mengenai pengguguran Khalid amat-amat diperlukan, sekurang-kurangnya ia mampu meredakan gelodak emosi sesetengah pihak. Inilah yang menyebabkan saya tercari-cari. Harakahdaily nampaknya ‘play safe’ dalam isu ini. Lalu saya banyak menemui ‘jawapan’ dalam Malaysiakini.

Khalid Samad yang saya kenali, adalah manusia yang ‘sempoi’. Itulah gambaran kasar. Tepat atau meleset, biarlah. Apa yang penting, dia telah mempamerkan akhlak pemimpin yang terpuji. Terus-terang, saya sendiri belum tentu boleh menerima ‘perlucutan’ jawatan sedemikian.

Sementelah lagi, Khalid sendiri adalah figur penting dan tulang belakang di dalam PR. Bahkan Khalid jauh lebih senior berbanding Dr Hasan Ali sendiri di dalam PAS. Calang-calang orang, pasti berlaku perbalahan besar. Namun, saya kagum dengan reaksi tenang beliau dan menerima pengguguran tersebut dengan begitu ‘gentleman’ sekali. Syabas Pak Khalid!

Apa sebenarnya terjadi? Adakah kerana Khalid begitu lantang bersuara? Ya, isu ‘kerjasama PAS – Umno’ menyaksikan Khalid adalah juara penentangnya. Salahkah? Tidak…bahkan itulah pun aspirasi ahli-ahli PAS. Berkerjasama dengan Umno samalah seperti PAS terjun masuk gaung. Bunuh diri namanya!

Habis tu? PAS rapat dengan PKR. Lah…dah namanya kerjasama dalam PR, kenalah rapat. Sekurang-kurangnya banyak perkara dapat diselesaikan apabila sudah ‘rapat.’ Samalah seperti kawan dan sahabat, seorang sahabat pasti mendatangkan lebih banyak manfaat. Jadi apa…?

Saya takut tersalah; namun lebih cenderung menyatakan ia adalah ‘personal conflict’ di antara dua orang ‘kuat’ PAS di Selangor. Pepatah Melayu ada menyatakan, kapal dua nakhoda tidak akan mampu berlayar di lautan. Maka, itulah yang berlaku bila ada dua ‘kepala’ dalam PAS. Maka, senang bicara…salah seorang kena berundur. Di sini,. Khalidlah yang berundur…demi kebaikan PAS!

Walau apa pun yang telah terjadi, ini menunjukkan sikap sebenar sebuah jamaah Islam. Khalid menunjukkan tauladan unggul seorang pemimpin yang tidak meletakkan kepentingan diri dan peribadi di hadapan; sebaliknya kepentingan ummah dan jamaah di atas. Atas kepentingan semua, beliau tega digugurkan walaupun kemenangan PAS banyak disumbangkan oleh beliau sendiri.

Saya juga meletakkan keyakinan bahawa keputusan ini hendaknya atas keputusan ramai, suatu konsensus atau syura. Hendaknya bukanlah keputusan minoriti atau personal Dr Hasan Ali seorang diri. Dengan demikian, maka ia mencerminkan dua perkara:

Pertama, PAS kekal dengan prinsip syura dalam menentukan keputusan dan tindakan.

Kedua, kepatuhan kepada hasil syura pasti mendatangkan manfaat walau zahirnya perit untuk diterima.

Walau bagaimanapun, saya tetap berharap PAS khususnya kepimpinan Dr Hasan Ali lebih ‘telus, amanah dan kompeten’ di dalam melaksanakan ‘beban’ kepimpinan. Dr Hasan Ali harus dilihat figur yang tidak sekadar petah berkata-kata; tetapi mengotakan setiap kata.

Dr Hasan Ali perlu dilihat bersungguh menangani pelbagai kemelut. Bukan sekadar kemelut parti bahkan kemelut di dalam kerajaan negeri. Amat banyak ‘ranjau dan duri’ yang melatari perjalanan beliau. Bukan sedikit yang senyum meleret saat bersalam; kemudian sengih bak kerang dan senyum sumbing bila di belakang. Dr Hasan kena bijak memilih, mana kawan dan siapa lawan. Kawan mana tidak 'makan kawan' dan lawan mana yang boleh dijinakkan.

Akhirul kalam, syabas Khalid Samad. Semoga pengguguran anda dan juga Shaari Sungib tidak menyurutkan waima seinci semangat juang anda berdua. Jawatan di dunia hanya sementara. Lebih utama ialah keikhlasan dan istiqamah. Teringat saya saat Khalid Al Walid dilucutkan jawatan panglima perang oleh Umar Al Khattab…dia menerimanya penuh tenang dan penuh kesabaran dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT!

Fastaqim kama umirta!

Selasa, November 25, 2008

Tak Sangka...akal PEWARIS dangkal

Saya sebenarnya sudah agak malas mengulas suasana sosiopolitik negara ini. Membaca kepelbagaian ulasan oleh ramai orang lain, kadang-kala rasanya sudah memadai. Apatah lagi, kadang-kadang saya merasakan apa yang ditegur pun tidak ke mana sudahnya.

Tetapi, akal waras saya menafikan sikap sedemikian. Apatah lagi dengan perkembangan mutakhir yang terus-terusan menarik akal dan minda sihat untuk mentafsir, menganalisis dan menterjemahkan pelbagai rumusan.

Insiden perarakan dan demo PEWARIS adalah antara isu yang tambah memualkan hati dan perasaan saya. Entah, saya pelik dengan perangai segelintir manusia yang mengaku dan mendabik dada kononnya mereka adalah pelopor kepada penyelamat Islam; namun hakikatnya merekalah yang mencalitkan paparan-paparan negatif kepada wajah Islam.

Maka, dek kerana mereka jadilah wajah Islam yang cantik bertopeng kehodohan. Islam nampak herot sedang Islam itu lurus. Islam nampak senteng sedang Islam itu betul. Islam nampak capek sedang Islam itu cantik. Islam nampak payah sedang Islam itu mudah. Islam nampak naïf sedang Islam itu komprehensif. Islam jadi jumud sedang Islam itu progresif dan pro-aktif.

Para ulamak Islam pula nampak daif betul dalam memperbetulkan kesalahfahaman masyarakat awam. Para mufti dilihat lemah mendepani isu-isu semasa. Para mufti bersidang pun membahaskan sesuatu isu yang adakalanya dilihat tidak memberikan impak positif kepada ummah keseluruhannya. Sekadar memberikan contoh, apalah sangat kesannya jika memberikan fatwa kepada PENGKID sedangkan sudah jelas ada nas yang qatie dari hadis tentang isu berkenaan. Begitu juga fatwa YOGA, sedangkan arak sudah jelas HARAMnya…!

PEWARIS bagi saya menambah kusutkan lagi keadaan. Mereka seakan-akan mahu menyelamatkan Islam; tapi mereka merosakkan Islam. Misalnya, menyatakan SELAMAT MELAYU SELAMAT ISLAM! Dari manakah sumbernya kenyataan ini? Perlembagaan Malaysia-kah?

Islam adalah agama atau ad-deen, sedangkah Melayu adalah bangsa. Bangsa tidak selamat melainkan agama yang selamat. Sepatutnya SELAMAT ISLAM SELAMAT MELAYU! Melayu disandarkan kepada Islam dan bukan sebaliknya. Inilah kesilapan paling besar PEWARIS.

Bahkan saya cenderung melihat, PEWARIS ini mewarisi segala kejelekan pihak yang sudah ternyata GAGAL dengan ideologi kebangsaan mereka. Siapa lagi kalau bukan PAKEMBAR. Saya enggan menggunakan Umno kerana ia mewakili United Malays National Organization. Ia adalah bahasa penjajah Orang Putih yang kononnya amat-amat dibenci oleh puak-puak PAKEMBAR.

Sepatutnya mereka menggunaka PAKEMBAR kerana ia adalah akronim kepada PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU. Bukannya Umno!

Tapi, dek kebebalan otak-otak mereka sendirilah, maka mereka kekalkan Umno. Kemudian…sama seperti PEWARIS, mendabik dada mahu menyelamatkan bangsa dan agama. Kata orang…piiiirah, sedangkan nama pertubuhan pun disandarkan kepada bahasa penjajah, maka di manakah Melayu-nya?

Berbalik kepada PEWARIS, antara isu yang dibangkitkan ialah ISA. Mereka mahu mengekalkan ISA. Tahukah mereka itu adalah undang-undang legasi penjajah. Ya, saya masih bersetuju ia dikekalkan; tetapi apakah motif asal ISA diwujudkan? Setahu saya, ia bagi mengekang anasir komunis yang pernah mengganggu-gugat kestabilan sosioekopolitik negara.

Malang seribu kali malang, hari ini ISA digunakan secara wewenang oleh pemerintah aka BN. Mereka menahan para aktivis parti yang dianggap pembangkang. Mereka menggunakan ISA menahan para wartawan, menahan tanpa bicara dan dibiarkan menderita. Logikkah jika alasan penahanan seorang wartawan cina baru-baru ini hanya kerana alasan… “bagi menjamin keselamatan beliau..” sebagaimana yang diberikan oleh Mneteri KDN?

Sebab itulah, Lim Guan Eng mencabar…manakah agama di dunia ini yang mengiktiraf undang-undang sedemikian. Setiap pesalah wajar didakwa dan mereka berhak membuktikan diri tidak bersalah. Bukan ditangkap dan dipenjara tanpa peluang menafikan kesalahan. Inilah yang telah terjadi kepada ramai 'orang baik' di Malaysia, termasuklah Zahid Hamidi…yang kini sudah pun menjadi menteri. Adakah ia undang-undang yang benar di sisi agama…?

PEWARIS nampaknya cuba bersikap tidak memihak namun tanpa sedar sudah memihak. Bodoh sungguh orang yang cuba berlagak miskin tetapi pada masa yang sama berbicara soal kereta Mercedes sini-sana. Siapakah yang akan bersimpati. Si miskin nampak tidak miskin, kerana dia tahu serba-serbi tentang kereta Mercedes, apa model terbaru, apa spesifikasi dan berapa harganya. Akhirnya orang meluat, kerana dia tak habis-habis membandingkan syoknya naik Mercedes berbanding Myvi!

Wallahua’lam!
sila telusuri web berikut untuk saksikan himpunan PEWARIS yang berunsur keganasan!

Khamis, Oktober 23, 2008

Kisah 2 Mahasiswa UPM


‘Tinggal secara tidak sah’. Itulah alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa kolej di UPM, demi menghalalkan cara ‘menghalau’ dua penghuninya, lapor Malaysiakini.com.

Nor Farhana Farzieana, bekas exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM dan rakannya Nur Shafiqa Mohd Ali, exco Persatuan Mahasiswa Islam menjadi mangsa kezaliman konco-konco Umno di IPTA entah yang ke berapa.

Mungkin rakyat Malaysia tidak tahu, bahawa kebanyak jawatan kanan di universiti tempatan kini diisi oleh mereka yang ‘dangkal’ otaknya. Mereka memiliki ijazah doktor falsafah; tetapi pemikiran mereka tahap darjah enam. Benar, mereka juga digelar professor; tetapi lebih baik pak imam kampung dalam memutuskan tindakan.

Insiden di atas hanyalah secebis kebobrokan tindakan mereka. Banyak lagi. Bak kata salah seorang gadis siswi di atas: “Kes yang berlaku pada saya hanyalah sebahagian kezaliman yang berlaku terhadap mahasiswa. Bukan sahaja di UPM tetapi di kampus-kampus lain pun, saya percaya perkara ini berlaku," ulas Nor Farhana Farzieana Azmi.

Rakyat Malaysia wajar sedar, inilah tribulasi para mahasiswa yang ideologinya bercanggah dengan pemerintah. Mereka akan ditekan dari pelbagai sudut. Biar pun mereka cemerlang dalam akademik dan cemerlang dalam ko-kurikulum; namun itu bukan jaminan mereka kekal di kolej kediaman.

Oleh itu, apa tindakan rakyat Malaysia? Saya hanya terfikir, semua pihak yang memperjuangkan hak rakyat perlu tampil ke muka. NGO misalnya Persatuan Peguam bahkan parti-parti politik perlu memperjuangkan isu zalim ini. Ya, kerana ia menzalimi mahasiswa dan bersifat terlalu jumud sekali. Seumpama tinggal di negara komunis yang melarang anutan politik selain komunis.

Kepada pelopor-pelopor yang suka memancung pengaruh parti-parti selain Umno di kampus, mereka ini hendaklah dikenakan tindakan yang wajar. Mereka ini bukanlah tokoh akademik tulen dan bukan juga professional. Bahkan mereka hanya layak menjadi balaci Umno. Merekalah sebenarnya yang merosakkan anak bangsa.

Isnin, Oktober 20, 2008

Memualkan, huih...loya sungguh!


Budaya politik di negara ini memualkan...itulah yang saya rasai. Menyampah betul melihat gelagat para hamba politik ini. Terutamanya yang mengabdikan diri demi jawatan dan habuan duniawi!


Hakikatnya saya bukan membenci politik. Bahkan saya yakin, politik ada dalam kehidupan. Cara nak memujuk isteri, mengambil hati anak-anak bahkan menackle hati mak ayah pun kena pandai politik. Sebab itu politik penting dan Islam sesekali tidak meminggirkan politik.


Apa yang saya maksudkan meluat dan menyampah dengan politik ini, ialah apa yang sedang berlaku sekarang ini. Hari-hari masuk akhbar isu pemilihan jawatan. Jika pilih baik-baik tak apalah, tapi dihiasi dengan hentakan kerusi meja, layangan penumbuk dan terjangan kaki, pukulan kayu golf bahkan sampai ke tahap report polis kerana ada unsur-unsur jenayah...ni apa jenis pemilihan ni?


Golongan inilah yang menyebabkan saya meluat sangat-sangat. Rasa nak tampar aje muka sorang-sorang, tak pun pulas telinga, tak pun luku kepala...depa ni macam tak sedar, jawatan yang direbut itu adalah amanah. Depa berebut sakan macam ada sesuatu dengan jawatan itu. Ini yang pelik.


Dalam masa yang sama, rakyat terus terhimpit. Ni minyak yang dok turun sekupang dua, apa kesannya kepada harga barangan runcit. Tak dak langsung! Harga beras, minyak masak, bawang merah, bawang putih, ikan temenung dan ayam dok macam tuuu lah...abih tu, apa maknanya?


Inilah yang betul-betul menambahkan kemeluatan dan mualnya hati saya. Rasa macam nak muntah melambak-lambak. Apa jenis manusia ni. Rakyat dibiarkan susah sedang depa mampu bermewah-mewah. Pesan kepada rakyat hidup berhemat sedang mereka hidup macam takdak kiamat. Pulun apa sahaja, selagi mampu dan selagi berkuasa.


Agak-agaknya, depa ni semua nak bawak harta, kuasa, nama dan jawatan itu masuk ke dalam kubur agaknya...manalah tahu, dua malaikat munkar nankir pun terima juga wang saguhati atau rasuah mereka, alah...seperti yang depa biasa buat semasa di dunia!

Jumaat, September 19, 2008

Pak Lah & Anwar


Jujurnya, saya tidak pernah berhadapan dengan situasi politik yang begitu gawat seperti hari ini. Antara Pak Lah dan Anwar, nampak di satu pihak hilang keyakinan politik sedang di satu pihak penuh keazaman pula.


Saya tidak tahu, apa yang ada dalam bucu pemikiran Pak Lah. Dia menafikan kelemahan; sayangnya mata orang tidak bisa ditipu. Manusia boleh menilai, siapa yang bersungguh dan siapa yang celaru.


Jujurnya, jika saya ada peluang mendekati Pak Lah, maka saya akan nasihati beliau agar berundur. Amanah kepimpinan adalah berat. Abu Dzar Al-Ghiffari seorang 'gedebe' sebelum Islamnya, tidak diraikan nabi untuk menjadi gabenor. Ya...kerana amanah kepimpinan itu berat buat sahabatnya itu! Pak Lah mendapat jawatan PM atas dasar warisan.


Silap Dr M juga, dia yang mewariskan jawatan PM kepada Pak Lah. Kini, Dr M tak sudah-sudah menyesali diri...sampai dia ambil keputusan keluar parti. Itulah, amanah kepimpinan bukannya warisan. Biarlah seseorang itu naik dengan keupayaannya.


Kini Malaysia sudah jauh berubah berbanding 50 tahun dahulu. Rakyat kian cerdik lagi matang. Umpan murahan politik sempit dipandang sepi. Api perkauman dilihat hanya acahan sesebuah pihak yang tidak puas hati.


Baru sekarang saya rasakan, kepimpinan di Malaysia benar-benar teruji. Maknanya, pemimpin tidak lagi selamanya boleh menggula-gulakan rakyat. Projek dan pitih...itu sudah basi.


Ya...apa salahnya sekali dalam usia separuh abad ini, rakyat ingin merasa angin baru pemerintah baharu. Maka, Pak Lah harus sedia mengalah. Berundur cara terhormat sebelum terlambat. Masanya akan tiba...maka Pak Lah harus mengakuinya!

Khamis, September 18, 2008

Ketidak-tentuan...andailah Muhammad Al-Fateh hidup kembali!


Semalam saya sempat meladeni sehingga ke muka 70, Novel Sultan Muhammad Al-Fateh karya Abdul Latip Talib. Ia terbitan PTS. Asalnya saya hanya mahu membaca sedikit; tetapi bila sudah mula saya gagal mencari 'lampu merah' pula...


Anda tahu, 800 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW baharulah Konstantinopel berjaya dibuka oleh Islam. Nabi menerusi sebuah hadis riwayat Ahmad ada menyatakan: Kota Konstantinopel akan dibuka oleh sebaik-baik pemimpin yang mempunyai sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat.


Justeru itu, sejak zaman Saiyidina Ali kwj menjadi amirul mukminin, beliau sudah melakukan cubaan pertama membuka kota milik Byzantium yang beragama Kristian ini. Ia gagal. Dicuba lagi oleh Dinasti Bani Umaiyyah, gagal. Bani Abbasiyyah...gagal juga. Bahkan semasa Khilafah Usmaniyah sendiri, beberapa pemerintah seperti Sultan Murad II dan Sultan Beyazid turut mencuba.


Sahabat nabi yang mulia bernama Abu Ayub Al-Ansari malah menyertai setiap kempen ketenteraan ke atas kota yang ampuh itu. Sehinggalah saat tuanya dia berwasiat, andai dia mati maka kebumikan jasadnya di bawah kubu kota itu. "Aku mahu mendengar derap tapak kaki sebaik-baik tentera dan sebaik-baik pemimpinnya yang dijanjikan Rasulullah..."


Anda tahu, Muhammad Al-Fateh dididik dengan disiplin agama yang kuat. Baginda juga diberikan latihan ketenteraan. Malah ayahda baginda Sultan Murad memastikan anakandanya itu turut mendalami ilmu kepimpinan dan siasah.


Dalam kemelut hari ini, kejatuhan indeks komposit di bursa saham, ketidak-tentuan politik, himpitan ekonomi dan berleluasanya ISA...saya membayangkan peminpin seperti Muhammad Al-Fateh ada kembali.


Sempena ramadan berbaki, saya impikan ia terjadi dan saya sudahi dengan...amin ya rabbal a'lamin.

Selasa, September 16, 2008

Catatan Malam 16 Sept


Hati saya dipagut resah. Malam yang menjanjikan seribu impian. Saya menelefon beberapa kenalan. Tiada jawapan. Jam menenggek di angka 12...lebih sedikit. Apa sudah berlaku...tolonglah sesiapa beri tahu!

Rupa-rupanya, keresahan hati saya turut dikongsi ribuan bahkan mungkin jutaan hati lain. Semuanya gara-gara janji 16 September!

***

Lagu raya sudah mula mengusik jiwa. Akhbar pun sudah banyak menyiarkan kisah-kisah raya. Bas raya, baju raya dan biskut raya.

Di surau atau masjid, makin lengang dengan orang. Jika awal Ramadan ada yang melimpah hingga ke beranda, kini imam dan bilal bimbang menghitung jamaah.

***

ISA mengganas kembali! Tiga orang ditangkap. Mulut terkunci tanpa bicara. Tangan digari tanpa kata. Diamlah diri di penjara manusia.

Hati saya sedikit tersentuh membaca catatan 18 jam dalam tahanan ISA oleh wartawan Sin Chew. Kata beliau, malamnya ditemani nyamuk dan bunyi aliran air. Matanya banjir dengan sokongan ramai. Kawan dan rakan.

Hati saya bulat, ISA adalah jerangkap yang bingkas memakan tuannya.

***

Tun M mungkin kembali kepada Umno. Tan Sri Sanusi pula bermadah: "Kelapa sudah nak rebah, kura-kura pun teringin memanjatnya..."

Dalam sungguh kiasan itu. Saya tak pasti siapa kura-kura dan siapa pokok kelapa nak rebah itu...he..he...he...

Khamis, September 11, 2008

PR merintis orde baru Malaysia!


Suasana politik Malaysia terus panas. 16 September menjadi perhatian dan penantian. Tun M khabarnya rela rujuk semula ke dalam Umno. Isu 'menumpang' dan 'umpama yahudi' kepada orang cina pula berakhir dengan penggantungan 3 tahun kepada Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera. Ada berkata, hukuman itu tidak berbaloi...patut kena lebih lagi!

Suka saya ulangi, hayat politik berasaskan ras sudah ke penghujungnya. BN perlu sedari ini. MCA dan MIC serta Umno...diasaskan kepada ras. Ia mungkin sesuai era pra dan awal kemerdekaan; tapi tidak lagi pasca-setengah abad merdeka!

Sebaliknya saya mengagumi apa yang telah dirintis oleh Pakatan Rakyat. Anwar dengan imej ranggi dan berani, memecahkan tembok kebal dan bebal 'perkauman' ini. Gantinya, jambatan yang menghubungi semua menerusi pemuafakatan yang lebih mesra kaum.

Maka itulah, PKR dihuni oleh pelbagai suku, begitu juga DAP. Malah PAS sudah lama menegaskan hal ini...orang Cina pun boleh menjadi PM, kata Tok Guru!

Namun seperkara yang wajib diberikan perhatian, menjadi obligasi kepada Anwar untuk memastikan Ketuanan Rakyat tidak sampai meminggirkan ISLAM. Sebaliknya, Islam perlu dijadikan panduan asas dalam pentadbiran.

Cara kepimpinan Islam Tok Guru di Kelantan boleh dijadikan panduan. Namun, tidak perlulah melabelkan ISLAM di mana-mana, yang penting ialah implementasi. Saya yakin, DAP tidak akan selama-lamanya tegar dengan faham 'anti-negara Islam'nya, jika Anwar mampu merealisasikan Islam secara 'halus' dan 'mesra' di dalam landskap pentadbirannya nanti!

Bagi saya, inilah orde baru Malaysia. Orde Ketuanan Rakyat tajaan PR dengan syarat Islam menjadi intinya!

Rabu, September 10, 2008

Rasisme…Kian ke penghujungnya!


Unsur rasis memang menjengkelkan. Sehingga bila-bila, rasisme dianggap pencetus kepada koyaknya kesatuan sesebuah negara-bangsa. Mungkin tidak keterlaluan, dunia pasca-moden hari ini mulai menolak ke tepi sebarang faham yang berintikan rasisme ini. Di US Obama adalah presiden menanti, kendati dia berkulit hitam. Di Malaysia tidak terkecuali.

Perubahan angin monsun di Semenanjung menyaksikan boya yang bergegar sehingga tsunami politik gagal diramal. Tiga negeri terkaya – Selangor, Pulau Pinang dan Perak – berubah teraju. Sementara dua negeri majoriti Melayu – Kelantan dan Kedah – dipimpin oposisi.

Ini semua apa? Sandiwara pak syeikh Anwar atau apa? Jelasnya, kemenangan tiga parti utama – PAS, PKR dan DAP – adalah disandarkan kepada ‘Ketuanan Rakyat’. Sekaligus menafikan ‘Ketuanan Melayu’ yang sebelum ini menjadi sendi kekuatan BN.

Jelas, rakyat menolak ‘Ketuanan Melayu’ kerana ia adalah sarang faham kebangsaan aka bertunjangkan rasisme! Rakyat menjulang ‘Ketuanan Rakyat’. ‘Ketuanan Rakyat’ yang menobatkan idealisme – Telus, Amanah dan Berkebajikan – sebagai sendi kekuatan.

Maka, PAS dan DAP dapat duduk semeja walau berbeza dasar dan idealisme. Unikkan?

Kini, iklim politik dalaman BN berbahang, menggelegak dan memuntahkan lahar tak sudah. Semuanya bertitik-tolak dari asas rasisme itulah. Nampaknya, usia pendokong faham bangsa dan rasis mungkin tidak ke mana.

Dan saya menanti penuh debar apa sudahnya politik kita?!

Khamis, Ogos 28, 2008

Bila MB kata ‘Pergi Mampus’


Dahulu, masa kita kecil…mak dan abah selalu berpesan. Jangan bercakap kurang hajar, jangan mencarut dan jangan menipu. Saya ingat sangat, opah saya lagi rigid. Jika orang tua sedang berbual pun, anak-anak kecil ditegah menyampuk. Duduk melangut menongkat dagu pun kadang-kadang kena tegur. Maka, itulah nilai-nilai murni zaman dahulu. Nilai-nilai mulia yang ada dalam masyarakat Melayu yang selari dengan ajaran agama.

Kini, zaman sudah berubah. Manusia semakin maju…alahai, macam iklan sesebuah akhbar la pulak!

Ya! Perubahan zaman menyaksikan akhlak manusia juga kian punah. Dahulu, orang menipu dipandang hina. Kini, orang menipu boleh jadi mulia. Dahulu, orang berbohong dikatakan akhirnya menjadi pencuri; kini orang yang suka berbohong lama-kelamaan boleh jadi menteri.

Salah siapa? Saya ingat sangat pesanan mak dan opah. Orang berbohong atau kazib dalam bahasa Arab adalah orang yang jahat. Lidahnya akan dipotong di akhirat. Bahkan Islam menyatakan, orang munafiklah yang suka berdusta ini.

Maknanya, ajaran Islam telah clear menyatakan dusta atau menipu atau bohong itu hina-dina dan terkutuk. Tapi, zaman yang sudah berubah ini tidak kenal semua itu.

Sebab itulah, saya jadi sedih mengenangkan pemimpin-pemimpin yang capoi mulutnya, liar lidahnya, herot mulutnya dan bebal akalnya…sanggup berkata-kata dengan dusta, cerca dan huduh.

Pemimpin adalah contoh. Jika pemimpin sendiri kata ‘Pergi Mampus!’…maka apakah kita terkejut jika anak-anak muda sendiri suka ‘Pergi Mampus’…mampus dengan gengsterisme, dengan rempit, dengan buli dan dengan dadah!

p/s: catatan ini terkesan dengan laporan berita harakahdaily.net...ada seorang MB di Selatan Tanah Air berkata Pergi Mampus!

Jumaat, Ogos 22, 2008

Huduh sungguh!


Pernahkah kita melihat orang yang berperangai huduh? Senang je nak lihat, pernah tengok penunggang motorsikal yang mencilok sesuka hati. Ha...cuba le berikan ‘honk’. Nanti anda akan lihat, dia bukannya hendak mengaku salah. Sebaliknya dia akan memandang anda dengan renungan mata bak 'helang sesat' dan mulutnya akan mencebik angkuh sambil mengangkat jari telunjuk yang menunjukkan simbol ‘lucah.’ Silap hari bulan, dia akan tendang kereta anda!
Ya, inilah dinamakan perangai huduh, lebih huduh daripada orang yang sengaja kentut telur dalam lif!

Anda tahu, seorang teman mengatakan, insiden wartawan dipukul semasa penamaan calon di Permatang Pauh tempoh hari juga, adalah akibat kehuduhan perangai seperti di ataslah…jadi, anda fikirlah sendiri moralnya!

Di Malaysia, jika anda mahu berperangai huduh maka kenalah anda pandai memilih ‘team’ mana anda berada. Jika anda mahu menunjukkan aksi huduh sebagaimana pun, anda akan dianggap bersopan jika kena teamnya…

Ini termasuklah menggambarkan aksi luar tabiie yang huduh semasa penamaan calon, ia tidak salah jika anda kebetulan berada di team Pak Lah. Ingat…anda di team mana? Kelaku huduh ini sendiri pernah dipamerkan oleh Adnan Yaakob di Pahang dahulu...ha, apa jadi? Tak jadi apa-apa kan!

Argh!!! Saya selalu memikirkan, mampukah BN mengaku dan berundur dari Putrajaya jika ditakdirkan 16 September 2008 ini, semua ramalan dan jangkaan Anwar benar-benar menjadi realiti? Mampukah mereka menerimanya? Mampukah mereka mengekang perangai huduh mereka?

Umno khususnya adalah parti yang tidak pernah merasa dikalahkan sepanjang 50 tahun memerintah Malaysia. Mereka sudah menanamkan 'akidah politik' bahawa Umno itu kerajaan dan kerajaan itu Umno. Itulah padahnya, kini mereka terasa cukup perit menerima kekalahan.

Sementara itu di Perak, tak semena-mena kerajaan PR yang berkelebihan dua kerusi diheret ke kancah rasuah seks dan wang juta-juta. Sedangkan kata MB, Nizar...projek di Sri Iskandar itu pun tak wujud...ni apa ni?

Huduh…huduh sungguh! Nampaknya pihak politikus sekarang ini begitu teruja memainkan isu seks dan rasuah.

Tapi, bagaimana boleh terjadi sedemikian? Kenapa di Perak. Kenapa bukan di Selangor? Adakah ada sesuatu di sebalik kehuduhan ini… huduh sungguh!!!

Jumaat, Ogos 15, 2008

Aduhai Tuanku Raja & Memanda singa!



Aduhai, sedih rasanya bila membaca dua tuan guru kesayangan hamba tidak diperkenan membaca khutbah di masjid negeri kelahiran hamba. Walhal, sehari sebelumnya sudah diuar-uarkan bahawa, para keduanya sudah diperkenankan oleh raja negeri hamba bagi meluncurkan bacaan khutbah mereka. Ayuhai raja, gerangan apakah maka tuanku yang mulia tiba-tiba menitahkan sedemikian rupa. Sayugianya tuanku boleh berfikiran terbuka, tidakkah boleh tuanku menitahkan akan keduanya tuan guru hamba yang mulia itu agar berkhutbah mengikut garis panduan yang bagaimana…asal sahaja keduanya boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama semenggah di masjid di negeri tuanku.

***

Sekiranya diikutkan pandangan batin pacal yang hina, maka Pilihanraya Kecil Permatang Pauh itu pastinya akan menjadi medan yang paling berguling-gelantang jadinya menjelang 26 Ogos ini. Segala satyalencana akan dikeluarkan. Segala kemewahan akan ditaburi. Segala yang bergentayangan akan dijadikan modal menarik undi para rakyat marhaen di daerah kecil itu. Pacal hanya berdoa, moga Allah rabbul jalil akan mengurniakan kemenangan buat yang jujur dalam kerjanya dan tahu apa matlamatnya dan mengalahkan para satwa anggara yang durjana itu.

***

Sekonyong-konyongnya memanda Menteri Perdana yang selalu ketiduran itu pun membacakan tafsir mimpinya, bahawa pada 1 hari bulan purnama yang bakal menjelang ini akan diumumkan penurunan harga bahan bakar kereta. Maka, dinyatakanlah apa asbab-musababnya, antara lain kerana minyak bahan bakar di peringkat 'atas angin' pun sudah menurun akan harganya.

Maka tanpa disangka-sangka, timbalan memanda Menteri Perdana yang tidak habis-habis suka 'menasi tambah'kan apa yang disebut oleh Menteri Perdana pun berkata, penurunan itu adalah lambang ihsannya kerajaan yang ada. Betapa kerajaan hari ini memahami getir hidup rakyat jelata, maka itulah diusahakan penurunannya.

Ayuhai…mulia sungguh hati para memanda. Semurah hati sang singa yang memberikan lembu dan kambing makan di padang hijau sebelum mereka dijadikan santapan sang raja!

Glosari:

Semenggah: patut, padan, layak
Berguling-gelantang: keadaan seperti porak-peranda/ tidak tersusun
Satyalencana: segala yang indah/ gemerlapan
Bergentayangan: berkeliaran ke sana ke mari
Satwa anggara: binatang buas
Atas angin: barat
Nasi tambah: suka menokok-tambah cerita





Selasa, Ogos 12, 2008

Bagaimana…bersediakah Pakatan Rakyat?


Dalam PR ada tiga parti utama. Tiga parti ini tidak berasaskan bangsa. Dalam tiga parti ini, Melayu, Cina dan India boleh duduk bersila bersama. Dalam tiga parti ini, semua bangsa termasuklah Punjabi, Kadazan, Iban, Bidayuh atau Orang Asli pun boleh jadi presidennya.

Dalam tiga-tiga parti ini, PAS paling senior. PAS sudah wujud sejak 1951. DAP pula ditubuhkan pada 1966. PKR pula diwujudkan pasca era reformasi 1999. Maknanya, PAS paling senior. Paling tua dan paling abanglah kiranya.

Sebab itu, dalam PR kena ada respect kepada PAS. Respect atas dasar ketuaan. Respect atas dasar senioriti.

Lagi pun, PAS bukan parti perkauman. PAS bukan seperti Umno yang khusus untuk bangsa Melayu. PAS for all. Semua bangsa boleh menyertai PAS. Syaratnya, Islam itu sahaja. Kini, PAS dah wujudkan kelab penyokong. Orang India dan Cina yang bermata sepet semua boleh menyertainya, walau pun bukan beragama Islam. Maknanya, PAS memang untuk for all!

DAP pula walau zahirnya untuk semua bangsa, namun majority yang memimpin DAP kini adalah orang Cina. Samalah dengan PAS, majority yang memimpinnya orang Melayu. Bezanya, DAP tidak meletakkan apa-apa syarat agama. Orang yang tidak beragama pun boleh jadi ahli DAP. Yang penting warganegara Malaysia.

Pun begitu, DAP nampak ketegar dengan dasar menyama-tarafkan seluruh rakyat Malaysia. Dulu ia dikenali Malaysian Malaysia. Ini yang orang Melayu allergic sedikit. Lagi satu, kepimpinan DAP nampak begitu skeptis dengan Islam. Kenyataan semberono beberapa kerat pimpinan DAP menyakitkan hati orang Islam. Misalnya, kena langkah mayat ‘dia’ dahulu untuk tubuh negara Islam dan lain-lain kenyataan mengarut sekerat pimpinan DAP.

PKR pula nampaknya macam adik kecil yang pening. Dalam PKR semua jenis manusia ada. Yang nasionalis, yang demokratis, yang sosialis, yang idealis, yang Islamis dan yang popularis pun ada juga. Semuanya bersatu atas nama ‘keadilan.’ Itulah pun tangkal hikmatnya. Sampai bila tangkal itu mampu bertahan dan tidak putus, wallahua’lam.

PKR dari satu aspek nampak seperti pragmatis. Ia mungkin menjadi parti yang dasarnya mengikut arus. Kini Anwar Ibrahim memimpin PKR, maka nampaklah Melayu-Islamnya. Masa ke depan, tak tahulah lagi. Mungkin jika Syed Husin yang memimpin, Melayu-Sosialiskah pula?

PKR perlu kepada anjakan. PKR parti muda yang ahli-ahlinya kini bertambah drastic sekali. Bertambah kerana PKR nampak menang besar semasa pilihan raya bebaru ini. Hakikatnya, PKR tiada grass root. Dahulu, ramai ahli bawahan PKR ‘angkat kaki’ singgah kapal Umno. Hanya bila PKR menang besar kerusi parlimen, baharulah ramai yang mahu hijrah ke teratak PKR. Hijrah ketika dah kuat…samakah hijrah ketika masih lemah?

So, apa moral tulisan ini? Fikirlah sendiri.

Nota: Pagi ini Hj Hadi sebut...PAS keluar Pakatan jika selepas 16 Sept, kerajaan baru gagal nobatkan Islam.

Khamis, Ogos 07, 2008

Ketegaran Anwar Ada Asasnya...


Hari ini jalan-jalan sekitar KL sesak. Saya pelik, apasal pulak polis ni...lah, rupa-rupanya kan hari ini DSAI akan dibicarakan di mahkamah Jalan Duta.


Dalam meniti perkembangan semasa, saya membuat beberapa rumusan. Saya tidak fikir, plot yang pernah berlaku pada tahun 1999 akan berulang lagi. Senario sudah berubah...jauh sekali malah. Dahulu, ketika mantan PM yang kini selalu dok meracau...Dr Mahathir mengenakan Anwar, kondisi BN sangat ampuh. Anwar mampu menggugah sokongan Melayu sehingga jadi 50:50. Namun, majoriti cina dan India masih solid menyokong BN.


Kini, cina dan India solid menyokong Anwar manakala Melayu masih 50:50. Maknanya, kekuatan sentimen rakyat tidak menyebelahi BN. Bodohlah BN jika memandang rendah keupayaan rakyat. Mungkin buat beberapa tahun ini BN masih mampu menampuki kekuasaan; namun tidak sehingga sekurang-kurangnya PRU akan datang.


Di samping itu, saya juga melihat Anwar sudah membaca lebih awal senario yang bakal berlaku. Sebab itulah, beliau menjalin perhubungan begitu erat dengan para pemimpin dunia luar. Ah...singgungan kecil-kecilan pimpinan AS dilihat mengiyakan andaian saya ini. Bahkan, kebenaran Kerajaan Turki membolehkan Anwar mendapat perlindungan awal kes liwat dahulu pun sudah membenarkan pendapat ini. Maka, sekali lagi saya melihat...BN khususnya Pak Lah jangan cepat melatah memainkan wayang yang sama seperti dahulu...


Akhirnya, saya melihat Anwar amat ketegar sekali untuk membentuk kerajaan baharu menjelang 16 Sept ini. Bagi saya, Anwar ada asas. Segala bayang-bayangan atau klu yang telah berlaku mengesahkan ketegaran ini. Masakan SAPP berani mencerca maruah BN jika tiada apa-apa jaminan. Atau beranikah beberapa pimpinan Umno menyeberang jambatan jika mereka sendiri kabur masa hadapan Anwar. Semuanya...ada sesuatu yang sudah terjangkakan. Maka, saya yakin Anwar tidak bermimpi di siang hari!


Tinggal lagi...saya bimbang jika kerajaan yang ada mengambil sesuatu tindakan luar jangka...saya bimbang kerana semuanya tidak mustahil dalam dunia politik tidak matang seperti di Malaysia. Lainlah jika kita berada di bumi Jepun, Britain atau Amerika...yang pertukaran kerajaan dan presiden adalah perkara biasa bagi mereka!