Beberapa teman mungkin merasa jemu dengan posting saya yang tidak berubah sejak beberapa waktu ini. Entahlah...kadang-kadang malas nak mengupdate blog sendiri. Lebih seronok memberi komen di blog orang lain. Lain daripada itu, server di ofis yang kurang memberangsangkan. Asyik hang memanjang dan ia menyebabkan mood berblog turut menguncup. itulah...jika menumpang komputer pejabat kan...moralnya, pasang le internet sendiri kat rumah.
Mutakhir ini, terlalu banyak isu yang berlaku. Perak tanah airku...amat mendukacitakan sekali. Saya merasa amat sedih dengan apa yang telah berlaku. Bercakap pun sudah tak ada guna rasanya. Saya hanya mampu berdoa agar Allah SWT memberikan ketabahan kepada MB Ir Nizar dan para pejuang kebenaran di sana. Memang...kemenangan itu sukar namun manis apabila diperolehi. Kemenangan dengan cara mudah, tidak terasa manisnya.
Dari satu aspek, saya melihat Perak ibarat medan menguji pengaruh Pakatan Rakyat. Andai PR ampuh dan kukuh di Perak, maka itulah gambaran PR di Malaysia. Andai Umno dan BN goyang di Perak, maka itu jugalah bayangannya di Malaysia.
Apa sahaja yang berlaku di Perak, maka implikasinya adalah besar dan amat signifikan. Ia akan mencorakkan senario politik nasional sehinggalah menjelangnya PRU ke 13 nanti. Apatah lagi, kematangan berpolitik rakyat Malaysia bukan lagi boleh ditipu dengan umpan pembangunan. Kini kita berbicara aspek ketelusan, integriti dan efisiensi dalam sesebuah pentadbiran.
Saya juga yakin, Perak adalah mahar atau mas kahwin bagi PR memenangi Malaysia pada pilihan raya akan datang. Ia ibarat memberikan umpan, rugi secupak menangnya segantang. Ia ibarat mengail ikan di lautan, umpan dibeli RM1 untuk mendapat hadiah RM1000. Memang mahal; tetapi berbaloi amat hasilnya.
Manakala, Umno atau BN tanpa sedar semakin menjarakkan diri dengan rakyat. Setiap tindakan mereka, walau berselindung di sebalik apa sahaja nama - polis, SPR, SPRM, Istana - gagal menyembunyikan siapa dalang yang sebenar. Umno dan BN adalah tok dalangnya. Seinci pergerakan, maka merekalah yang mengaturnya. Maka, imej yang begitu hodoh kini tidak dapat tidak terpalit pada wajah Umno dan BN. Tidak pada orang lain.
Ingat, pentas politik Malaysia kini didominasi oleh BN dan PR. Andai mood rakyat sudah tidak berpihak kepada BN, maka mereka hanya ada PR. Dengan imej bersih dan 'teraniaya' serta sering 'dizalimi', maka PR dilihat lebih mendapat simpati rakyat. Tidak mustahil, andai dibubarkan DUN Perak hari ini, maka rakyat akan memberikan kemenangan solid kepada PR. Jika tidak kerana undi protes, ia undi simpati.
Kebiadapan politik nampaknya makin menjadi-jadi. Rakyat pula kian terhimpit. Insiden bersidang di bawah pokok di tepi padang, bukan lagi gurauan lewat filem Laksamana Do Re Mi. Ia kini adalah realiti. Sebuah kerajaan yang sah bersidang di bawah pokok, kerana rampasan kuasa oleh Panglima Fasola.
Maka...apa bezanya di Perak. Anda bijak menafsir pastinya. Saya hanya mampu menyatakan, sebagai rakyat Perak...setiap peristiwa yang berlaku amat menjerakan kami dan amat memukul sensitiviti kami. Maka, kami berazam untuk mengembalikan kemenangan kepada yang berhak. Biar tanpa tikar terbang, teropong ajaib dan harmonica Laksamana Mi, insya-Allah kami mampu melaksanakannya.
Kami ada Allah sebagai wali kami. Kami pastikan...Umno dan BN akan tersungkur kelak. Jika tidak hari ini, esok mereka akan sedar...tiada seinci pun bumi kami di Perak untuk mereka yang kurang ajar dan berlagak pendekar, sedang diri mereka hakikatnya adalah pencetus segala keributan, kebejatan dan kefasadan yang tidak terfikir oleh kami sendiri selama ini.
Bak kata tuanku sultan...Allah bersama orang-orang yang sabar...maka kami sabar merencana kemenangan kami. Mereka membuat helah...namun mereka lupa, helah Allah lebih menyebelahi kami.
takbir...Allhuakbar!!!
1 ulasan:
Aslkm,erm nice blog,erm nk ajak tuan rmh atau sesape je dtg ke kenduri blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com , n jgn lupe linkkn blog sye ni yer,ok bye
Catat Ulasan