Selasa, Oktober 31, 2006

Adik Kemalangan

Kira-kira 3 bulan dahulu, dalam bulan Ogos 2006, adikku kemalangan. Amin semasa itu baru pulang dari menoreh getah. Kereta melanggarnya dan dia tercampak jauh ke tepi jalan. Akibatnya, koma kira-kira sebulan di Hospital Taiping. Itulah adikku Amin, yang telah membantu dalam proses menyambung rumah dahulu...

Alhamdulillah, kini dia telah pulang ke rumah. Sepanjang di hospital, emak paling banyak berkorban. Masa dan tenaga. Abah turut berhabis wang untuk pelagai usaha. Alang Yusof juga banyak sangat membantu. Aku tak mampu pulang selalu. Cuma sekadar dua kali menjenguk Amin di Taiping. Pertama pada malam menghantar emak yang langsung aku bawa dari Serendah (kerana menjaga missers yang baru bersalin) dan second time minggu berikutnya apabila mahu mengambil family kerana cuti sekolah bulan lapan dah tamat.

Kini, Amin mulai pulih. Jalannya masih terjengkot-jengkot. Senyumnya mulai menarik walau tahap awal nampak sedikit sumbing. Sudah mulai pandai menyakat kata emak...sedang sebelum ini dia pula selalu disakat oleh adiknya, Nurul.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Amin dah pulih,
Tahun sudah berganti,
Bila nak tulis posting baru? :)